Skip to content

MANFAAT MINYAK ZAITUN KETIKA MENGANDUNG

Ramai yang sedia maklum bahawa minyak zaitun mempunyai kebaikan yang tersendiri. Selain boleh dimakan namun minyak zaitun juga sesuai dijadikan sebagai sapuan untuk ibu mengandung.

Antara manfaat minyak zaitun adalah:

1) Mengurangkan kesan/ parut strecth mark. Minyak zaitun amat terkenal dengan kelembapan yang dihasilkan secara semulajadi. Sebab inilah minyak zaitun adalah digalakkan untuk mengurangkan stretchmark terutamanya yang mengalami masalah kulit kering. Selain itu vitamin E yang terdapat dalam minyak zaitun adalah bagus untuk mengurangkan kegatalan dan regangan yang dialami para ibu.

2) Meningkatkan sistem pertahanan. Sumber seperti Vitamin A yang terdapat dalam minyak zaitun adalah bagus dalam meningkatkan bukan sahaja sistem pertahanan ibu tetapi bayi dalam kandungan. Ibu mengandung terutamanya yang mengalami masalah kesihatan lebih lebih lagi di awal fasa kehamilan amat digalakkan untuk mengamalkan minyak zaitun. Pakar juga menyatakan bahawa pengambilan minyak zaitun membantu dalam mengurangkan risiko demam atau lelah pada ibu mengandung.

3) Mencegah sembelit. Kebanyakan para ibu mengandung akan mengalami masalah sembelit. Lemak semulajadi yang terdapat dalam minyak zaitun merupakan salah satu penawar semulajadi yang berkesan untuk mencegah masalah sembelit pada ibu mengandung. Ini dinyatakan oleh pakar sendiri bahawa minyak zaitun dapat membantu dalam proses melembutkan dan penyingkiran najis. Selain itu ianya juga membantu dalam mengelak najis daripada menjadi keras.

4)  Membantu perkembangan bayi (janin). Sumber Omega 3 yang terdapat dalam minyak zaitun dapat membantu dalam perkembangan saraf terutamanya ketika saraf bayi sedang berkembang pesat.

5) Mencegah komplikasi kehamilan. Antioksidan seperti vitamin E dan K yang terdapat dalam minyak zaitun dikenali sebagai sumber yang dapat melindungi tubuh daripada radikal bebas yang boleh menyebabkan ibu untuk menghidapi penyakit. Komplikasi lain seperti kecacatan bayi juga dapat dielak dengan pengamalan minyak zaitun ketika mengandung.

6) Mengurangkan keradangan. Radang ataupun lebih dikenali sebagai bengkak sering terjadi kepada para ibu dimana ianya menyebabkan kesihatan mereka merudum. Oleh sebab itulah para ibu digalakkan untuk mengamalkan pengambilan minyak zaitun dimana ianya dapat membantu dalam mengawal radang jadi para ibu dapat mengekalkan kesihatan mereka pada tahap optimum.

Kesimpulannya, pengamalan minyak zaitun dapat memberi pelbagai manfaat kepada ibu. Ibu boleh mengamalkan penggunaan minyak zaitun dengan mengambil nya sebelum bersarapan setiap hari. Cara pengambilan dengan sapuan iaitu untuk mengurangkana stretchmark atau kegatalan juga dapat diamalkan.

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment