MANFAAT MANDI BUNGA
Masyarakat Melayu dengan amalan mandi bunga tidak dapat dipisahkan. Ianya dikatakan sebagai amalan yang sudah diamalkan sejak berzaman lagi. Amalan ini lebih biasa dikaitkan dengan kaum wanita terutamanya yang masih belum berkahiwn. Tapi tahukah anda ianya sebenarnya mempunyai pelbagai kebaikan yang lain? Kebiasannya amalan ini dilakukan sama ada untuk mewangikan dan menyegarkan badan, menaikkan seri wajah dan mencantikkan kulit. Bagi pasangan pengantin yang akan berkahwin, amalan ini juga sering dijadikan ‘list-to-do’ supaya mereka kelihatan manis dan berseri ketika berada di atas pelamin. Bagaimanapun mandi bunga juga dilakukan atas tujuan tertentu seperti menolak perkara yang tidak baik.
Manfaat utama mandi bunga adalah untuk memberikan kesegaran kepada badan. Ianya turut dikatakan mampu meredakan tekanan selepas seharian penat bekerja, menghilangkan bau badan serta menaikkan aura seri diri. Selain itu mandi bunga dapat membantu kita untuk menyerap tenaga matahari yang paling baik manakala mandi dengan air bercampur bunga membolehkan kita mendapat kebaikan sama ada dari segi aura dan tenaga yang diserap dan diproses oleh bunga. Selanjutnya dengan menggunakan limau purut, kulit menjadi lebih lembut dan segar kerana pori lebih terbuka.
No comment yet, add your voice below!