Wanita mengandung sentiasa digalakkan untuk mengamalkan cara pemakanan yang sihat. Ini adalah kerana jenis pengambilan makanan yang diamalkan oleh para ibu adalah apa yang menentukan kesihatan mereka dan juga bayi dalam kandungan mereka. Perkembangan bayi dalam kandungan adalah juga berkait rapat dengan pemakanan yang diamalkan oleh ibu.
Antara makanan yang baik untuk kandungan adalah:
1) Sayur sayuran
– Bayam dan brokoli. Ramai sedia maklum bahawa sayur sayuran merupakan komponen makanan yang mempunyai khasiat untuk ibu dan juga kandungan.
– Kentang. Mengandungi zat besi dan vitamin C yang sangat penting terutamanya dalam membantu peningkatan darah merah.
2) Buah buahan
– Tembikai merah. Kaya dengan serat yang membantu dalam proses detoks dimana ianya juga kaya dengan zat besi dan juga vitamin C.
– Epal. Sesuai untuk mengurangkan alahan pada awal kandungan. Turut membantu dalam menaikkan masalah hb yang rendah.
– Strawberi. Kaya dengan antioksidan dan mempunyai kebaikan dalam mencegah masalah kencing manis ketika mengandung.
– Delima. Kaya dengan zat besi, kalsium, protein, serat dan beberapa mineral serta vitamin yang lain. Para ibu yang mengalami masalah kencing manis serta hb yang rendah amat digalakkan untuk mengamalkan buah ini.
3) Daging
– Ayam. Digalakkan untuk memakan bahagian dada kerana ianya merupakan bahagian yang mempunyai kurang lemak berbanding bahagian yang lain. Bahagian dada turut mempunyai khasiat protein yang baik untuk ibu mengandung.
– Lembu. Sama seperti ayam, ibu harus memakan bahagian yang mempunyai kurang lemak. Merupakan daging yang mempunyai sumber besi yang baik namun daging lembu mempunyai lebih lemak berbanding ayam jadi para ibu harus membuat pemilihan bahagian yang tepat dan sesuai.
4) Makanan laut.
– Ikan. Merupakan sumber protein yang penting terutamanya ikan kembung kerana ia dikatakan merupakan sumber asid lemak Omega 3 dan zat besi yang tinggi.
– Udang. Walaupun udang merupakan makanan laut yang bagus untuk ibu namun ianya tidak digalakkan untuk diamalkan secara berlebihan sebaliknya ibu dinasihatkan untuk mengamalkan udang secara sederhana. Tidak sesuai dimakan untuk ibu yang menghidap resdung.
– Kerang. Selain kaya dengan sumber protein, ianya juga kaya dengan vitamin C dan B12.
5) Bijiran dan Kekacang
– Kacang soya. Merupakan antara kekacang yang kaya dengan zat besi, folat dan juga Vitamin C.
– Beras perang. Mempunyai kandungan zat besi yang lebih tinggi berbanding beras putih.
– Bijiran penuh. Sangat digalakkan untuk diamalkan terutamanya ibu yang mengalami masalah kekurangan zat besi. Ianya juga bagus diamalkan untuk mengawal pemakanan memandangkan bijiran penuh membuatkan ibu berasa kenyang lebih lama.
No comment yet, add your voice below!