Mommies yang hamil kebiasaannya, mereka akan melahirkan anak sama ada secara normal atau pembedahan yang juga dikenali sebagai C-sec. Mommies yang melalui proses pembedahan, pastinya tubuh badan akan mengalami luka bersalin C-sec yang memerlukan penjagaan rapi untuk penyembuhannya.
Justeru itu, ikuti perkongsian tips cepat sembuh selepas C-sec daripada Pakar O&G, Dr. Maiza Tusimin.
Selain memulihkan luka pembedahan, dapat juga menjaga anak dalam keadaan diri yang sihat.
INI TIPS UNTUK CEPAT SEMBUH!
- DIET YANG SIHAT
Suku protein – suku karbohidrat – separuh sayur & buah-buahan.
- KEKALKAN HIDRASI
Konsum cukup air kosong.
- JAGA KEBERSIHAN LUKA
Pastikan sentiasa kering & hanya sapukan ubat yang diberikan oleh doktor.
- JANGAN ANGKAT BARANG BERAT SELAMA 4 MINGGU PERTAMA
Elakkan daripada mengangkat barang yang lebih berat daripada bayi anda selama 4 minggu pertama.
- GUNAKAN ABDOMINAL BINDER
Gunakan ‘abdominal binder’ untuk menyokong abdomen terutama ketika bersin, batuk, atau ketawa untuk mengurangkan gegaran. Pastikan binder tidak terlalu ketat agar aliran darah ke bahagian luka tidak terjejas.
- BERJALAN PERLAHAN
Penting untuk bangun dari katil & berjalan perlahan sehari selepas pembedahan (kecuali C-sec yang ada komplikasi). Ini dapat membantu meredakan kembung perut, membantu melawaskan pembuangan air besar & mencegah masalah darah beku.
Lagi lambat gerak, lebih lama masa diambil untuk sembuh.
- JANGAN TAHAN BUANG AIR
Jangan tahan untuk buang air kecil atau air besar. Lazimnya doktor akan bekalkan pelembut najis seperti Forlax selepas discaj dari wad.
- AMBIL SUPLEMEN PRANATAL
Teruskan pengambilan suplemen pranatal yang dapat membantu meningkatkan darah merah & proses pemulihan.
- JANGAN GARU LUKA
Gunakan pek ais kecil untuk melegakan kegatalan di sekitar kawasan luka. Elakkan dari menggaru.
- PENYUSUAN SUSU IBU
Penyusuan susu ibu mempercepatkan proses pengecutan rahim.
- REHAT SECUKUPNYA
Dapatkan rehat yang mencukupi.
- PENTINGNYA SOKONGAN SUAMI & KELUARGA
Sokongan emosi & fizikal dari suami & keluarga amat penting.
- AMBIL UBAT TAHAN SAKIT
Jangan takut untuk ambil ubat tahan sakit yang dibekalkan oleh doktor. Penting untuk kawal sakit luka agar ibu dapat menyusukan & boleh bergerak.
Jangan risau, ubatan ini selamat semasa penyusuan ibu.
No comment yet, add your voice below!