ADAKAH PEMAKAIAN BARUT AMAT PENTING UNTUK BAYI MOMMIES?
Assalamualaikum dan selamat pagi semua!
Harini Suraya Mothercare nak share tentang manfaat dan cara pemakaian barut pada bayi!
Agak-agak kenapa ya mommies perlu barut perut pada bayi mommies ? Adakah terdapat sebarang faedah? Pada pendapat mommies kat luar sana, berapa lamakah mommies perlu pakaikan barut bayi ini?
Segala persoalan mommies tentang kepentingan barut untuk si manja akan terjawab melalui perkongsian kali ini.
_________________________
AMALAN BARUT PADA PERUT BAYI
Mommies mungkin menyangka bahawa barut untuk bayi hanyalah amalan tradisi masyarakat Melayu kan?
Haa sebenarnya mommies salah! Amalan ini juga diamalkan oleh masyarakat di Filipina, Amerika Syarikat dan Eropah. Di Filipina, barut ini dipanggil bigkis, manakala di negara Barat ia dipanggil baby binder atau belly banding.
Tujuan penggunaannya adalah sama iaitu untuk mengelakkan bayi mengalami ketidakselesaan perut seperti kembung perut, atau kolik dengan hanya membalut kain atau mengikat kain di pinggang dan perut bayi.
Pasti ada mommies yang bertanya: “Berapa lama bayi perlu memakai barut?”
Kebiasaannya, barut dipakaikan untuk bayi dari umur sehari – selepas lahir – hingga mencecah 4 bulan, bergantung kepada kesesuaian dan keadaan fizikal bayi.
Pada masa kini terdapat banyak jenis barut untuk mommies pilih. Ada yang jenis tradisional, jenis sarung atau jenis pelekat velcro tersedia.
Kebiasaannya, barut jenis ini diperbuat daripada kain kapas jenis flanel yang lembut dan tidak sensitif pada kulit bayi. Materialnya juga tidak terlalu tebal yang boleh menyebabkan bayi tidak selesa kerana kepanasan.
Jom ketahui lebih lanjut tentang kebaikan menggunakan barut pada perut bayi mommies!
_________________________
KEBAIKAN BARUT BAYI
Kegunaan utama barut adalah untuk memanaskan badan dan memampatkan perut bayi.
Walaupun nampaknya tidak begitu selesa, balutan barut itu memberikan ketenangan dan kehangatan kepada bayi.
Berikut adalah beberapa kelebihan lain menggunakan barut yang perlu mommies tahu:
1. Mengelakkan masalah kembung perut
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, tujuan barut bayi adalah untuk mengelakkan ketidakselesaan perut. Malah, bayi sangat mudah mengalami perut barangin.
2. Elakkan memberi susu kepada bayi terlalu banyak
Pemakaian barut boleh mengelakkan bayi daripada menyusu berlebihan. “Oh, semakin banyak bayi menyusu, semakin cepat mereka membesar.” Secara teorinya, mungkin “semakin banyak mommies makan, semakin cepat membesar.”
Tetapi realitinya ialah jika bayi mommies menyusu terlalu banyak, ia boleh memberi tekanan pada perut mereka. Sebenarnya sistem penghadaman bayi masih belum mampu menampung lebihan nutrisi yang terlalu banyak.
3. Melindungi tali pusat bayi
Kebiasaannya, 1 hingga 2 minggu selepas dilahirkan, tali pusat bayi akan tertanggal. Keadaan ini boleh menyebabkan pusat mereka menjadi lebih sensitif apabila terkena pakaian atau sebarang sentuhan.
Jadi, dengan memakaikan barut bayi, bahagian itu akan dapat dilindungi dan dijaga daripada sebarang kecederaan atau perkara yang tidak diingini berlaku.
_________________________
CARA PEMAKAIAN BARUT DENGAN BETUL
Kerana kulit adalah organ terbesar yang meliputi seluruh badan, sesetengah bahagian tertentu kulit kanak-kanak sangat sensitif. Perut juga merupakan salah satu bahagian sensitif bayi.
Selain itu, terdapat juga tali pusat di bahagian perut, yang juga merupakan salah satu bahagian sensitif pada bayi kerana ia sangat mudah terkena jangkitan.
Kaedah barut yang betul boleh membantu melindungi bahagian perut dan tunggul tali pusat untuk memastikan bayi mommies selesa.
Nak tahu macam mana cara yang betul?
1. Perkara yang paling penting dan utama ialah mandikan bayi mommies dengan air suam.
2. Jika tali pusat bayi mommies masih belum tanggal, pastikan mommies mengeringkan bahagian tersebut terlebih dahulu dengan tuala lembut.
3. Setelah bayi dan bahagian tali pusat kering, sapukan minyak telon.
4.Kemudian pakaikan barut yang sesuai dengan bayi mommies.
5. Pastikan ikatan barut bayi tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar.
Jika mommies tidak pasti tentang ikatan barut yang sesuai untuk bayi mommies, menggunakan barut moden berpelekat mungkin merupakan pilihan terbaik.
_________________________
TIGA PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN
Memakaikan barut bayi boleh memberi manfaat tetapi ada perkara yang perlu mommies elakkan, seperti:
- Sapu herba semasa memakaikan barut
Pasti mommies tahu bahawa kulit bayi sangat sensitif. Oleh itu, penggunaan herba yang dicampur dengan pelbagai rempah ratus boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit mereka.
Jika mommies tidak mahu perkara ini berlaku, elakkan. Sebaiknya sapu baby oil sahaja.
- Tutup tali pusat
Tunggul tali pusat mengambil masa untuk tanggal dengan sendiri. Jadi, sehingga ia tertanggal, pastikan barut tidak ditutup pada tunggul tali pusat.
Jika tidak, ia boleh menyebabkan pengumpulan lembapan di dalam bahagian tersebut. Ia seterusnya melambatkan proses pelepasan tali pusat dan meningkatkan risiko jangkitan.
- Ikatan terlalu kuat
Walaupun terdapat barut moden di pasaran yang hanya menggunakan pelekat, tidak ada salahnya jika mommies masih mahu menggunakan jenis tradisional.
Mommies cuma perlu pastikan ikatan barut bayi mommies diikat tidak terlalu ketat, jika tidak, ia boleh menjejaskan perkembangan organ mereka.
Jika mommies mempunyai sebarang soalan tentang pemakaian barut ini, dapatkan nasihat doktor untuk mendapatkan lebih kepastian.
Haa mommies dah tahu kan mengapa pemakaian barut pada bayi sangat penting? Semoga bermanfaat!
cc: hellodoktor
https://hellodoktor.com/keibubapaan/bayi/penjagaan-bayi/barut-baby-cara-pakai/
No comment yet, add your voice below!