Berpantang selepas bersalin? Adakah ia sesuatu keperluan untuk dilakukan?
Semasa bersalin, wanita kehilangan terlalu banyak darah. Oleh itu, disarankan agar setiap wanita berehat dan mematuhi amalan tertentu selepas bersalin. Secara umum, tempoh berpantang bagi wanita Melayu adalah antara 40 hingga 55 hari, dan tempoh bersalin bagi wanita Cina dan India ialah 30 hari. Dalam tempoh ini, setiap wanita yang baru bersalin wajib mengikut amalan berpantang seperti dilakukan sejak turun temurun.
Amalan kepercayaan dalam tempoh berpantang ini merangkumi semua aspek kehidupan seharian, seperti makan, minum, pakaian, dan kebersihan diri. Tetapi persoalannya di sini ialah: Adakah semua kepercayaan ini hanya mitos atau adakah ia adat yang dilarang untuk diikuti?
Pada hari ini, Suraya Mothercare akan kongsikan 4 mitos popular dalam kalangan ibu ketika berpantang atau selepas bersalin.
- MINUM MINUMAN SEJUK
Tidak boleh minum sejuk atau ais semasa berpantang risau urat menjadi kembang atau masuk angin sebenarnya tiada dalam isitilah bidang perubatan.
Menurut Dr Irma Izzati Malek, seorang doktor di sebuah klinik swasta di Tanjung Malim, Perak, tiada istilah ‘urat kembang’ atau masuk angin dalam bidang perubatan.
- MINUM AIR MELEBIHI SATU GELAS SEHARI
Ada yang berpantang mengikut cara tradisional, sehari segelas air sehingga boleh terjadi darah beku.
Kesan daripada kekurangan pengambilan air ini akan menyebabkan badan sangat kering sekali gus mengakibatkan darah menjadi pekat.
Risiko ini boleh terjadi disebabkan limitasi atau kurang berjalan bagi si ibu kerana mereka percaya kononnya takut rahim jatuh atau jahitan luka terbuka.
- TIDAK BOLEH BERSENAM
Bagi yang bersalin secara normal dan tidak menghadapi luka besar, tiada masalah untuk terus melakukan aktiviti ringan bersenam.
Memang disarankan untuk para ibu ini berjalan selepas bersalin supaya tidak berlaku kompilasi seperti darah beku kerana darah tidak mengalir secara normal lagi.
- MEMAKAI SARUNG KAKI ATAU MENGIKAT RAMBUT SANGGUL
Pemakaian stokin dan ikat rambut setinggi-tinggi yang boleh bertujuan untuk elak angin adalah tidak benar kerana angin tak boleh masuk melalui kulit kita.
Sebenarnya waktu hamil lagi digalakkan untuk memakai stokin tetapi tidak perlu berlapis-lapis dan tebal.
Stokin jenis ted atau compression yang boleh didapati di farmasi adalah sangat bagus untuk mengelakkan daripada darah beku terjadi kerana masalah ini bermula dari peha lalu merebak ke paru-paru.
CC: mStar
No comment yet, add your voice below!