KENAPA BAYI TAK BOLEH MAKAN MAKANAN PEJAL SEBELUM 6 BULAN?
Teknologi dan ilmu perubatan kini telah berevolusi menjadi semakin canggih. Jika dahulu tiada kajian saintifik yang melarang daripada memberikan makanan kepada bayi walaupun mereka baru berusia sebulan, semuanya telah berubah kini.
Pelbagai kajian telah dilakukan dan akhirnya hasil kajian menunjukkan bahawa tahap umur ideal bagi bayi untuk makan makanan pejal adalah selepas mereka berusia 6 bulan dan ke atas. Tetapi mengapa? Ada beza ke umur lima bulan dengan enam bulan? Jawapannya ada. Bayi yang berusia bawah enam bulan tidak mempunyai sistem imunisasi yang sempurna. Mereka masih belum mampu membendung bakteria tidak seperti bayi yang lebih berusia.
Bayi berusia enam bulan ke atas juga mempunyai sistem percernaan yang lebih baik. Mereka tidak perlu bekerja keras untuk proses pencernaan makanan berbanding bayi yang berusia enam bulan dan kebawah. Ada yang menggangap bahawa pemberian makanan sihat untuk bayi adalah tidak bermasalah dan ianya sebenarnya bagus tetapi ianya dibuktikan sebagai tidak benar. Kerana sistem percernaan yang belum sempurna tidak mampu untuk memproses segala khasiat bagus daripada makanan yang diberikan. Sebaliknya ianya hanya akan memberikan kesan buruk kepada bayi anda. Sistem percernaan juga berkait rapat dengan proses pemecahan makanan dalam badan. Elakkan memberikan makanan pejal kepada bayi anda jika mereka masih belum berusia enam bulan supaya mereka tidak menghidapi penyakit obesiti di masa hadapan.
Namun bukan semua anak yang berusia enam bulan sudah bersedia. Sebaliknya cuba dapatkan nasihat daripada doktor anda. Cara lain adalah dengan memberikan makanan dalam kuantiti yang sangat sedikit supaya deria anak anda tidak terkejut. Berikut adalah petunjuk dimana anak anda telah bersedia untuk makanan pejal.
- Dapat mengawal gerakan kepala. Bayi anda patut mampu menjaga kepalanya dalam kedudukan tegak dan mantap tanpa bantuan orang dewasa atau penjaga.
- Tidak lagi mempunyai refleks tujah lidah. Jangan tawarkan makanan pejal kepada bayi jika dia terus menolak makanan pejal daripada mulutnya secara automatik.
- Boleh duduk dengan tegas dan mantap tanpa bantuan orang dewasa. Bayi anda perlu berupaya berada pada posisi duduk untuk mengunyah dan menelan dengan betul.
- Gerakan mengunyah. Apabila bayi anda semakin membesar, mulut dan lidahnya berkembang selari dengan satu sama lain. Oleh itu, untuk mula makan pepejal, bayi anda perlu tahu cara menggerakkan makanan ke dalam mulut dan menelannya. Sebaik sahaja bayi anda terbiasa makan makanan pejal, anda mungkin akan mendapati bahawa air liurnya tidak lagi meleleh.
- Peningkatan berat badan dengan ketara. Kebanyakan bayi boleh makan makanan pejal apabila mereka bertambah dua kali ganda daripada berat sewaktu kelahiran dan sekurang-kurangnya lebih tua daripada 4 bulan.
- Semakin berselera. Bayi anda seolah-olah makan lebih banyak, walaupun anda memberikan lapan atau sepuluh penyusuan susu ibu atau susu formula sehari.
- Tertarik dengan makanan anda. Anda mungkin mendapati bayi anda melihat apa yang anda makan dan meminta atau menjangkau tangannya untuk mengambil makanan tersebut dan memasukkannya ke dalam mulut.
No comment yet, add your voice below!