Setiap ibu yang baru tamat tempoh berpantang akan tertanya-tanya, “Bilakah saya boleh mula bersenam selepas bersalin untuk kurangkan berat badan ini?”
Jawapan kepada soalan ini berbeza dalam setiap kes individu. Ibu yang telah melahirkan anak secara Caesarean akan memerlukan masa yang lebih lama untuk sembuh berbanding mereka yang melahirkan anak secara semula jadi.
Sebelum memulakan rutin bersenam, pastikan badan anda sudah bersedia dan dapatkan pengesahan ini daripada doktor.
Kelebihan bersenam selepas bersalin
Mengembalikan bentuk badan sebelum hamil bukan satu perkara mudah bagi ibu selepas bersalin. Tempoh kehamilan banyak memberi perubahan dari segi fizikal dan mental kepada ibu.
Berikut adalah 5 kelebihan senaman selepas bersalin yang ibu perlu tahu:
1. MENGURANGKAN BERAT BADAN
Pelbagai jenis senaman yang boleh dilakukan ketika berpantang. Selain meningkatkan tahap kecergasan bersenam dapat membantu mengurangkan masalah berat badan.
2.MENGUATKAN OTOT
Senaman otot selepas bersalin membantu menguatkan otot dan mengembalikan kemantapan otot abdomen dan faraj. Senaman sangat penting untuk pemulihan otot selepas bersalin.
3.MELANCARKAN PERJALANAN DARAH
Kajian mendapati bersenam mampu membantu perjalanan darah daripada jantung ke seluruh badan. Selain itu dapat mengurangkan tekanan dan menguatkan otot jantung.
4.KEMBALIKAN TIDUR BERKUALITI
Senaman terbukti dapat menghasilkan hormon yang baik untuk kesihatan. Hormon endorphin adalah hormon semula jadi yang dihasilkan oleh badan boleh mengelakkan masalah kemurungan.
5.BERSENAM BAIK UNTUK OTAK
Bersenam juga baik untuk otak. Ia mampu melancarkan perjalanan darah dan membawa oksigen ke otak. Dapat mengurangkan keradangan dan meransang hormon untuk pertumbuhan sel otak. Senaman mampu meningkatkan daya pemikiran dan membantu mengurangkan risiko penyakit nyanyuk pada hari tua.
No comment yet, add your voice below!