Buat Mummies yang mengandung di bulan ramadhan.
Assalamualaikum Mummies!
Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana diberi peluang untuk kita menikmati bulan ramadhan pada tahun ini
Lebih-lebih lagi Mummies yang menunggu hari untuk melahirkan anak di bulan mulia ini, Masyaallah besar ganjarannya.
Tidak dinafikan ramai yang merasakan bersalin di waktu bulan Ramadhan adalah agak sukar.
Ini kerana kita perlu memikirkan puasa yang perlu diganti, persiapan raya yang perlu diuruskan dan pelbagai lagi. Namun hakikatnya berpeluang melahirkan anak di bulan Ramadhan sebenarnya adalah satu rahmat yang sangat besar.
Tidak semua Mummies berpeluang merasainya.
KELEBIHAN BERSALIN DI BULAN RAMADHAN
1. MELAHIRKAN ADALAH IBADAH
Pada bulan Ramadhan, semua umat Islam bersaing dalam melaksanakan ibadah mereka. Bulan yang dikatakan dapat menggandakan pahala dalam ibadah yang dilakukan. Sekiranya anda berpeluang melahirkan di bulan Ramadhan, maka ia akan menjadi bentuk ibadah bagi anda di bulan istimewa ini iaitu jihad yang sangat besar untuk seorang ibu bertarung nyawa melahirkan anak.
Perjalanan ibu yang perlu melalui proses kehamilan, melahirkan dan penyusuan adalah salah satu perjuangan rohani di jalan Allah SWT. Sudah tentu ada banyak perkara dan kesukaran yang perlu dihadapi. Kehadiran si kecil adalah hadiah yang cukup istimewa Allah SWT berikan kepada seorang ibu.
Bayangkan ganjaran yang diperoleh oleh Mummies
Dahla dapat rahmat dan pahala dari Allah, dikurniakan pula si kecil sebagai penyeri raya Mummies kalini.
Memang bergununglah duit raya si kecil kita tu akan dapat kan?
2. DOA YANG DIMAKBULKAN
Apabila ibu melalui proses kehamilan selama 9 bulan lamanya, pasti ketika proses melahirkan, anda akan meletakkan harapan yang tinggi untuk bayinya. Ini terutamanya dalam mendoakan agar proses kelahiran menjadi mudah, mendoakan kesihatan serta kesejahteraan bayi yang bakal dilahirkan.
Seorang Ibu pasti akan berdoa bersungguh-sungguh memandangkan bulan Ramadhan merupakan bulan santunan, bulan yang di mana tuhan akan melapangkan rezeki kepada setiap hambanya. Selain itu, anda juga boleh mendoakan kebaikan dan kesihatan diri sendiri agar dapat menjadi ibu yang baik pada bayinya yang dikasihi.
3. MENANAM RASA KESABARAN
Selepas melahirkan, ibu akan melalui proses penyusuan bayinya secara esklusif. Dan semasa menyusu, anda disarankan untuk tidak berpuasa. Anda mungkin merasa sedih kerana tidak dapat melaksanakan ibadah Ramadhan seperti ahli keluarga yang lain. Akan tetapi secara tersirat ini adalah proses untuk menanamkan rasa kesabaran yang sangat tinggi.
Apabila anda sudah boleh menggantikan puasa yang biasanya akan diganti pada bulan selain daripada bulan Ramadhan yang lebih banyak ujian serta cabarannya. Apatah lagi pada masa yang sama perlu menjaga dan menyusukan si kecil. Hadapilah dengan sabar dan tabah kerana ianya pasti memberi 1001 kenangan yang hebat ~ Memori melahirkan bayi di bulan Ramadan, bulan istimewa.
________________________________________________
CARA GANTI PUASA BAGI IBU YANG MASIH ADA DARAH NIFAS
1. GANTI PUASA BILA SUDAH BERSEDIA
Sememangnya menjaga dan menyusukan anak memerlukan banyak tenaga. Oleh itu, anda tidak digalakkan boleh berpuasa apatah lagi dalam keadaan masih ada darah nifas. Ianya haram untuk berpuasa.
Namun seperti yang kita maklum sekiranya seorang wanita itu melahirkan anak pada bulan Ramadhan dan mempunyai hutang puasa, tentu saja hutang tersebut harus segera dilunaskan apabila keadaannya mampu dan ada jangka waktu untuk membayarnya. Sememangnya tidak dibenarkan menunda pembayaran hutang tersebut jika tiada asbab yang tidak membolehkan ibu itu menggantikannya. Contohnya seperti penyakit kronik dan sebagainya.
Jadi, apabila darah nifas sudah tiada dan anda sudah benar-benar kuat dan bersedia, dengan segera bolehlah ganti puasa seperti yang dituntut oleh agama.
2. MEMBAYAR FIDYAH
Bagi ibu yang memerlukan rawatan perubatan atau mengalami keuzuran setelah melahirkan dan tidak dapat berpuasa di bulan Ramadhan. Sebenarnya, boleh diganti dengan membayar fidyah atau memberi makan kepada mereka yang memerlukan mengikut jumlah hari yang tidak berpuasa.
Cara membayar fidyah adalah berdasarkan satu cupak makanan ruji tempatan, seberat 600 gram.
Cc: mama’s choice
No comment yet, add your voice below!