Skip to content

JENIS MAKANAN INI IBU MENYUSUPERLU AMBIL JIKA BAYI ADA JAUNDIS

Situasi bayi baru lahir mengalami masalah jaundis atau demam kuning adalah normal. Tetapi adakah terdapat sebarang makanan ibu untuk bayi kuning yang perlu diamalkan bagi membantu mempercepatkan penyembuhan si kecil?

Jawapannya adalah ya. Kalau ingin tahu, teruskan membaca artikel ini bagi mengetahui jenis makanan yang disarankan.

Jenis makanan ibu untuk bayi kuning

Umumnya, kita pasti sedia maklum bahawa mengekalkan diet yang sihat boleh mempercepatkan proses penyembuhan badan.

Tetapi apabila berkaitan dengan jaundis pada bayi, untuk ibu yang menyusu badan, diet anda juga boleh membantu dalam memulihkan tubuh si kecil.

Ini kerana apa yang anda makan, memberi kesan langsung pada susu ibu. Jadi disebabkan itu, amat penting untuk ibu memilih makanan berkhasiat dan mengelakkan makanan yang boleh mengakibatkan gangguan gastrousus pada si kecil.

Makanan ibu untuk bayi kuning
Beberapa makanan boleh membantu mempercepatkan penyembuhan si kecil daripada demam kuning, seperti:

1. Makanan tinggi serat

Makanan serat – terutamanya serat larut – membantu memindahkan hempedu keluar dari hati. Keadaan ini boleh mengurangkan ketoksikan.

Nutrien yang sangat penting ini terdapat dalam pelbagai jenis makanan, termasuk:

Buah-buahan
Sayur-sayuran
Kekacang
Legum
Bijirin penuh
Makanan berserat tinggi termasuk:

Sayuran seperti brokoli
Buah beri
Oat
Badam
Beras perang
Quinoa

2. Buah-buahan & sayuran, antara makanan ibu untuk bayi kuning

Buah-buahan dan sayur-sayuran segar mengandungi antioksidan dan tinggi serat yang boleh membantu mengehadkan kerosakan hati semasa metabolisme dan memudahkan penghadaman.

Kebanyakan buah dan sayuran menawarkan nutrien yang baik untuk hati, tetapi berikut beberapa jenis yang terbaik, antaranya:

Kranberi, beri biru, dan anggur
Buah sitrus terutamanya lemon, limau dan limau gedang
Betik dan tembikai
Labu, ubi keledek dan keladi
Avokado dan buah zaiton
Buah tomato
Lobak merah, ubi bit
Brokoli, kubis bunga
Halia dan bawang putih
Bayam dan sayur kolard

3. Bijirin penuh

Makanan bijirin penuh mengandungi jumlah nutrien mesra hati yang tinggi, termasuk lemak sihat, serat, antioksidan dan mineral.

4. Pengambilan cecair, penting dalam makanan ibu untuk bayi kuning

Kekal terhidrat adalah salah satu cara terbaik untuk membantu hati pulih daripada jaundis.

Air bukan sahaja membantu memudahkan penghadaman, tetapi ia juga membantu hati dan buah pinggang membuang toksin.

Anda boleh menambah satu sudu teh atau lebih jus lemon, limau gedang segar sebagai perasa semula jadi untuk air sebagai dos antioksidan tambahan.

5. Protein tanpa lemak

Protein tanpa lemak, termasuk tauhu, kekacang, dan ikan, mengurangkan tekanan pada hati.

Spesies ikan berminyak seperti salmon dan tenggiri, mengandungi omega-3 dan zink – yang membantu memetabolismekan asid lemak, alkohol, karbohidrat dan protein.

Manakala brokoli dan oat memberikan manfaat kepada anda dan bayi dengan memastikan kalian mendapat nutrien yang diperlukan bagi membolehkan hati berfungsi lebih berkesan.

1 Comment


Add a Comment