Skip to content

INI TIPS HILANGKAN KULAT SUSU PADA LIDAH BAYI!

 Assalamualaikum dan selamat pagi Mummies!

Kongsian kalini adalah tentang masalah tips lidah bayi putih.

Mummies rasa sebab kuman atau susu?

Mesti Mummies rasa nak tahu kan.

Jom baca kongsian harini! kiss

________________________

TIPS HILANGKAN PUTIH LIDAH BAYI

Cuba Bersihkan Lidah Bayi

Kewujudan kulat susu ini pada hakikatnya boleh menyebabkan si kecil berasa tidak selesa.

Jadi untuk membantu mengurangkan ketidakselesaan ini, Mummies boleh cuba menghilangkan tompokan putih tersebut.

Caranya sama seperti yang dilakukan untuk menentukan sama ada ia sisa susu atau jangkitan kulat, iaitu dengan melilitkan kain bersih pada jari.

Senang je kan?

Masa tengah bermain dengan anak tu, sambil sambil lap lidah anak.

Bayi manalah tahu nak lap sendiri kan.

Mummies boleh menggunakan kain lampin basah – yang dicelupkan dalam air putih atau air suam – sebelum digosokkan secara perlahan-lahan pada lapisan putih dalam mulut bayi.

Amalkan rutin ini dengan kerap setiap hari bagi menjaga kebersihan mulut si kecil.

Bersihkan Lidah Bayi Sebelum dan Selepas Menyusu

Memastikan kebersihan puting payudara atau puting silikon botol susu setiap kali sebelum dan selepas menyusu merupakan aspek penting yang perlu dijadikan amalan harian.

Buat ibu yang menyusu badan, anda disarankan untuk mencuci payudara terlebih dahulu dengan menggunakan air masak sebelum sesi penyusuan.

Amalan membersihkan puting selepas menyusu juga penting bagi memastikan ia sentiasa bersih dan dalam keadaan kering. Ini kerana puting yang lembap di dalam bra boleh meningkatkan risiko jangkitan fungus.

Jangan lupa untuk mencuci tangan sekerap mungkin setiap kali sebelum dan selepas penyusuan.

Sekiranya si kecil sudah berusia 6 bulan dan ke atas, ibu boleh memberikan sedikit air masak selepas penyusuan untuk membilas mulutnya bagi mencegah lidah bayi putih.

Pastikan puting silikon dicuci dengan air panas sebelum dan selepas setiap penggunaan. Cara ini dapat mencegah risiko si kecil mendapat jangkitan kulat susu kembali.

Sebaiknya, jika si kecil cenderung menggigit dan memasukkan mainan ke dalam mulutnya, maka barang permainan mereka juga perlu dicuci dan dibersihkan dengan kerap menggunakan air panas.

Rawatan Ubat

Untuk si kecil, pakar kanak-kanak mungkin akan memberikan preskripsi ubat antikulat yang digunakan secara topikal pada bahagian dalam mulut dan lidah beberapa kali sehari untuk tempoh 10 hari.

Pastikan ia disapu pada semua bahagian tompokan putih di mulut bayi.

Untuk kes yang teruk, ubat fluconazole – ubat oral titis mungkin akan diberikan doktor sebagai cara hilangkan putih di lidah bayi.

________________________

PUNCA LIDAH BAYI PUTIH

Apa sebenarnya jangkitan kandidiasis mulut atau kulat susu ini?

Sama ada bayi yang menyusu badan atau diberikan susu formula, kedua-duanya berisiko untuk mengalami keadaan ini.

Ia berpunca daripada lapisan susu yang bertukar menjadi tebal seterusnya membentuk kulat susu atau jangkitan oral thrush.

Turut dikenali sebagai serawan susu, keadaan ini merupakan jangkitan kulat atau fungus dalam mulut si kecil. Jangkitan ini umumnya lebih cenderung berlaku kepada si kecil berusia 6 bulan ke bawah.

Tetapi bagaimana untuk membezakan putih pada lidah bayi itu sebagai sisa susu atau jangkitan kulat?

Sekiranya tompokan putih tersebut merupakan sisa susu yang tertinggal pada lidah selepas menyusu, ia biasanya akan larut dalam tempoh masa sejam.

Manakala bayi yang mengalami jangkitan kulat ini mempunyai simptom seperti:

  • Kulit merekah pada bahagian tepi mulut
  • Tompokan putih tebal pada bibir, lidah atau bahagian dalam pipi – tampak seperti keju kotej dan sukar untuk disingkirkan

Jika Mummies melakukan penyusuan eksklusif, terdapat kemungkinan jangkitan kulat ini untuk merebak dari mulut si kecil ke puting. Sekiranya berlaku, ia adalah sangat menyakitkan.

Puting boleh merekah dan sakit, ada kalanya ia akan menjadi kemerahan dan berkilat. Jika Mummies mengesyaki diri terkena jangkitan kulat ini, lakukan pemeriksaan doktor untuk mendapatkan rawatan bagi membersihkan jangkitan.

________________________

Jangkitan Kulat atau Sisa Susu

Sebelum mengetahui cara hilangkan putih di lidah bayi, Mummies perlu tentukan sama ada tompokan tersebut adalah jangkitan atau sekadar sisa susu.

Bagaimana caranya?

Mummies harus cuba untuk mengelap lapisan tersebut menggunakan jari yang dibalut kain lembap bersih secara lembut. Jika ia dapat dikeluarkan, maka ia hanya sisa susu.

Jika ia adalah lapisan tebal yang sukar untuk dihilangkan dan terdapat beberapa tompokan lain di dalam mulut si kecil, mungkin itu adalah jangkitan kulat. Mummies disarankan untuk membawa bayi mendapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.

 

 

Cc: hellodoktor.com

https://hellodoktor.com/keibubapaan/bayi/penjagaan-bayi/lidah-bayi-putih/

 

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment