MAINAN BAYI
Assalamualaikum Mummies! Selamat berpuasa
Biasa dilihat di banyak rumah bahawa ketika bayi dilahirkan, rumah dipenuhi dengan banyak mainan dan pakaian dan, ketika bayi tumbuh, semakin banyak mainan, kesabaran banyak Mummies meluap-luap tidak tahu apa yang harus dilakukan dengan begitu banyak, kerana anak itu tidak bermain dengan semua orang.
Mummies kene faham mainan bukan objek seperti itu tetapi instrumen pembelajaran di mana kanak-kanak akan berkembang baik dari segi fizikal dan mental.
Bersama mereka, mereka akan mulai pada mulanya mengembangkan indera mereka, untuk kemudian memulakan proses imajinatif dan mahir.
Jadi Mummies tak payah pening-pening kepala kalau mainan bayi banyak sangat sebab sebenarnya 7 mainan ini sudah cukup untuk bayi.
______________________________________________
7 MAINAN YANG DIPERLUKAN BAYI
1. PERMAINAN BERWARNA HITAM PUTIH
Mummies kene ingat bahawa bayi masih kecil dan jarak penglihatannya adalah masih kurang iaitu 6 inci kurang dari mukanya.
Jadi Mummies perlu membeli mainan yang kontras warnanya sebagai permulaan si kecil. Warna hitam dan putih misalnya.
Warna ini mampu merangsang penglihatannya. Namun setelah bayi menginjak umur 2 bulan, pengembangan mata akan berkembang.
Jadi Mummies kenalah beli warna yang pelbagai agar jarak penglihatannya kian tambah.
2. MAINAN YANG DIPERBUAT DARI KAIN/TEKSTUR LEMBUT
Mesti Mummies pernah tengok bayi yang kulitnya tiba-tiba merah. Macam kene gigit semut api tu.
Itu sebab kulit bayi ni sensitif tau. Jadi Mummies kene pilih mainan yang lembut sahaja seperti tekstur kain agar tidak mencederakan bayi.
Disyorkan membeli anak patung, buku bertekstur kain, yang tidak senang koyak. Ha buku ni lagi bagus kalau boleh keluarkan bunyi.
Sebab ianya mampu merangsang deria pendengaran bayi juga!
Oleh itu, Mummies jangan pulak beli mainan yang keras seperti blok. Bayi boleh cedera tau Mummies
3. MAINAN YANG PERLUKAN MAINAN FIZIKAL
Ni nak bagitau Mummies ni, bayi belum mempunyai perkembangan deria genggam yang baik iaitu kemahiran fizikal.
Jadi Mummies perlu sediakan mainan yang boleh merangsang kemahiran fizikalnya.
Jadi, Mummies boleh memperkenalkan permainan yang ringkas seperti apabila bayi meniarap atau terlentang, bayi boleh cuba untuk menggapai mainan tersebut.
Sekaligus, membuatkan bayi aktif dan cergas.
4. BABY GYM DAN BABY MOBILE
Baby mobile yang berwarna-warni dan berbunyi mampu tarik perhatian bayi.
Mampu rangsang deria pendengaran dan penglihatan.
Permainan yang sesuai untuk bayi boleh dipegang dan diramas berbentuk boneka atau bola yang diperbuat daripada bahan lembut.
5. BLOK WARNA WARNI
Bayi perlu menyusun blok-blok ini untuk menghasilkan pelbagai bentuk.
Ini dapat merangsang kreativiti si bayi kerana melibatkan iamginasi dan daya fikiran. Ia juga sesuai untuk perkembangan motor halus, melembutkan jari dan keupayaan kognitif yang tinggi.
Ini kerana jika blok tidak dapat dicantumkan, bayi akan cuba dan cuba lagi berulang kali.
6. PATUNG PUPET
Haa yang ni bukan bayi je seronok, emak bayi pun beronok-ronok suka kalau dimainkan.
Mummies masukkan aje tangan dalam pupet tu dan bereaksilah depan bayi. Gunakan bakat berlakon terpendam yang ada.
Tak kisah kelakar ke tidak, bayi sentiasa akan ketawa dengan keletah Mummies!
Sebab Mummies HEBAT!!
7. MAINAN JENIS TERSUSUN STACKABLE
Mainan ini menggalakkan bayi untuk berfikir untuk susun o0bjek kut saiz dan urutan.
Apa apa pun, Mummies kena alert ya agar tidak membeli mainan yang bucu keras dan tajam.
Cc: Pa&Ma
https://www.majalahpama.my/bayi-hanya-perlukan-7-mainan-ini-tak-payah-membazir-beli-yang-tak-perlu/#
No comment yet, add your voice below!