Ekzema adalah keradangan kronik yang dicetuskan oleh ketidakupayaan badan untuk menghasilkan sel lemak yang cukup dikenali sebagai ceramides.
Punca ekzema masih belum dapat dipastikan tetapi yang pastinya ruam atau bintik yang menyebabkan pipi si manja menjadi kemerahan, bersisik dan gatal ini bukanlah disebabkan oleh penyusuan susu ibu.
CARA MERAWAT MASALAH EKZEMA PADA BAYI
Antara gejala ekzema biasa pada bayi adalah kulit kering dengan ruam merah, bersisik dan gatal.
Ibu boleh membantu melegakan simptom pada bayi dengan cara berikut:
1. Sapu ubat ekzema selepas mandi bantu atasi ruam susu pada bayi
Semasa mandi, cuba rendam seluruh badan bayi terutama yang terkena ekzema untuk mendapatkan kelembapan sepenuhnya. Bilas dengan air bersih.
Kemudian sapukan krim berubat atau salap ekzema dalam masa tiga minit selepas keluar dari tab mandi untuk memastikan kulit sentiasa lembap.
2. Pilih sabun bayi yang selamat
Bagi mengelakkan kerengsaan kulit menjadi lebih teruk akibat ekzema susu, idea yang baik adalah untuk memilih sabun mengandungi bahan hipoalergenik, tidak berwarna mahupun ditambah pewangi.
Biasanya sabun wangi dan berwarna mengandungi bahan kimia yang boleh memburukkan lagi masalah ekzema.
3. Gunakan pelembap kulit yang selamat
Pilihlah pelembap hipoalergenik yang lembut, pH seimbang dan mengandungi bahan organik. Seelok-eloknya, pelembap pilihan anda juga harus mengandungi ceramida – berfungsi untuk membaiki tisu kulit sensitif bayi.
Baca dan perhatikan bahan-bahan dalam pelembap pada produk bayi. Sapukan pelembap sekurang-kurangnya 3-5 minit selepas memandikan bayi.
Elakkan juga memakai pakaian yang diperbuat daripada bahan yang sering mencetuskan kegatalan atau kerengsaan seperti kain bulu atau sintetik.
Semoga masalah ruam kemerahan pada pipi si kecil akan bertambah baik. Pun begitu, jika masalah ruam susu pada bayi tidak pulih atau bertambah teruk, lakukan pemeriksaan doktor untuk mendapatkan lebih kepastian dan penyelesaian yang berkesan.
CC:hellodoktor
No comment yet, add your voice below!