Skip to content

CARA MENJAGA LUKA KOYAKKAN BERSALIN

Tidak dapat disangkal proses selepas bersalin merupakan proses yang perlu dan wajib dititikberatkan oleh para ibu. Selain amalan penting seperti berpantang, penjagaan luka koyakan atau pembedahan selepas bersalin juga perlu dijaga sepenuhnya. Ini adalah bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan ibu.

Perkara paling utama dalam penjagaan luka adalah proses mencuci luka. Ramai yang  berasa takut untuk membersihkan luka kerana mereka beranggapan bahawa ianya menyakitkan laly menyebabkan mereka berani untuk kurang mencuci luka mereka. ini merupakan keputusan yang salah kerana luka selepas bersalin memerlukan penjagaan khusus. Jadi para ibu dinasihatkan untuk tidak ponteng dalam mencuci luka. Luka mereka haruslah dikeringkan terlebih dahulu sebelum menyapu menyapu ubat kuning.

Selain itu para ibu dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti berjalan bagi mengelakkan berlakunya masalah seperti pergeselan sehingga menyebabkan pendarahan pada luka tersebut. Pad juga harus sentiasa ditukar bagi mengelakkan melecet sehingga adanya berlaku pembiakan bakteria di kawasan luka tersebut.

Selanjutnya para ibu juga harus mengamalkan pengambilan vitamin C bagi membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka. Petua tradisional seperti penggunaan air garam juga dapat membantu terutamanya dari segi mempercepatkan proses pereputan benang dengan lebih cepat.

Paling penting elakkan daripada menjadi terlalu lasak sepanjang tempoh berpantang.

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment