Skip to content

CARA LATIH BAYI TIDUR SENDIRI TANPA MUMMIES DODOI!

Assalamualaikum dan selamat pagi Mummies!

Mummies kat luar sana kalau nak tahu, PENTING latih bayi tidur sendiri tau.

Mesti Mummies rasa tak penting kan?

Bila anak dah besar Mummies akan rasa perubahannya dan kepentingan latih tidur masa kecil.

Takkan sampai umur 12 tahun masih tak boleh tidur sendiri kan?

Jadi mulakan daripada awal, ia bukan sahaja penting untuk si kecil tetapi juga kepada ibu bapa sebab Mummies juga memerlukan rehat yang secukupnya. 

________________________

TIPS LATIH BAYI TIDUR SENDIRI

1: Bawa Masuk Bilik Awal

Perkara paling utama dalam melatih bayi tidur sendiri adalah dengan membawa si manja untuk masuk ke bilik tidur lebih awal daripada waktu tidur.

Kaedah ini seolah-olah memberitahu si kecil bahawa sudah tiba masa untuk mereka tidur. 

Jika Mummies mengamalkan cara tidurkan bayi ini, ia secara tidak langsung dapat membantu membiasakan si kecil dengan rutin tidur awal.

Sebaiknya ketika di dalam bilik tidur, elakkan sebarang rangsangan yang membuatkan si kecil cergas seperti bunyi daripada televisyen yang kuat.

2: Waktu Tidur Sebagai Keutamaan

Mesti ada yang bertanya kenapa waktu tidur si manja penting, bukan?

Bukan bayi saja, orang dewasa opun perlu dapat rehat yang cukup untuk hidup yang produktif.

Bukan saja produktif kerja, malah produktif menjaga anak!

Ia bukan sahaja waktu untuk melelapkan mata, bahkan ia juga adalah waktu untuk tumbesaran otak si manja.

Jangan lupa, bila bayi tidur, Mummies pun rehat sekali!

Jika bayi sukar tidur, ia boleh wujudkan tekanan kepada ibu. Haaa…timbul masalah lain pula.

3: Kurangkan Tabiat Susu Sampai Tidur

Mummies mesti biasa kan susukan bayi sampai tertidur.

Bukan apa, sebab kadang- kadang kan memang itu cara mudah untuk tidurkan bayi.

Mummies jangan risau, memang tak salah tau.

Tetapi jika dilakukan secara berterusan, si kecil mungkin tidak dapat belajar untuk tidur dengan sendirinya.

Jadi jika boleh, apabila bayi kelihatan hampir melelapkan mata atau keletihan, letakkan si manja di atas tilam untuk membolehkan dia menenangkan dirinya sebelum tertidur.

4: Elakkan Gangguan Ketika Mengantuk

Mummies kalau geram sangat dekat anak tu comel sangat, kalau anak nak tdur tu Mummies stop kejap tau.

Layankan mamai anak tidur bayi tu.

Lagi senang dia tidur.

Jika boleh, sebaik sahaja mereka kelihatan letih, bawalah si kecil ke dalam bilik yang sunyi dan tenang.

Ini merupakan antara kaedah yang boleh dilakukan dalam melatih bayi tidur sendiri tanpa dipengaruhi oleh ibu bapa.

5: Latih Rutin Tidur

2 hingga 3 jam sebelum waktu tidur, Mummies amat disarankan untuk melakukan aktiviti yang tenang dan boleh merangsang otak si kecil untuk tidur.

Antara aktiviti yang boleh Mummies lakukan seperti memperdengarkan alunan zikir, bercerita, menyanyi atau sebarang perkara lain yang bersesuaian.

Sebolehnya lakukan aktiviti yang sama setiap kali tiba waktu tidur.

Jangan bagi gadjet, lagi cergas anak nak tnegok skrin dengan paparan yang menarik.

6: Rutin dari Kecil

Mummies pasti pernah mendengar rungutan sesetengah ibu bapa yang anak mereka sukar tidur awal.

Mungkin kecil- kecil Mummies tak tegas tentang waktu tidur.

Jam dah pukul 11 malam masih berlari lari main bersama sepupu mahupun adik beradik yang lain.

Jadi untuk mengelakkan situasi seperti itu, Mummies harus menyedari kepentingan mendidik waktu tidur kepada anak sedari usia bayi lagi.

Lebih-lebih lagi bayi memerlukan masa tidur yang lebih lama berbanding individu dewasa.

Cara tidurkan bayi terbaik adalah dengan melatih mereka melelapkan mata pada waktu yang sama setiap hari.

Elakkan daripada melakukan sebarang aktiviti yang boleh merangsang kecergasan dan kecerdasan mereka sebelum tidur.

7: Ruang Tidur Selesa

Jika kita sebagai individu dewasa juga mahukan ruangan selesa untuk tidur, begitu jugalah keadaannya dengan si kecil.

Siapa yang boleh tidur dalam keadaan panas dan tidak selesa?

Sediakanlah ruangan tidur yang selesa dan tenang.

Hindari pencahayaan yang terlalu terang atau terlalu sejuk. Elakkan juga daripada memenuhi ruangan tidur si kecil dengan terlalu banyak barang mainan.

Cc: hellodoktor.com

https://hellodoktor.com/keibubapaan/bayi/penjagaan-bayi/7-tip-melatih-bayi-tidur-sendiri/

 

 

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment