Skip to content

CARA ELAK GANGGUAN JIN UMMU SIBYAN PADA BAYI!

Assalamuaaikum dan selamat pagi Mummies!

harini dah plan ke Mummies nak masak apa?

Semoga yang indah-indah sahaja untuk semua Mummies harini.

Kongsian kalini adalah tentang gangguan Ummu Sibyan.

Kepada Mummies yang taktahu tu, jom baca kongsian surayamothercare kalini.

Selamat membaca Mummies!

_________________________

APA ITU JIN UMMU SIBYAN?

Seperti yang di ceritakan dalam kisah jin Ummu Sibyan dengan Nabi Sulaiman , jin ini mampu masuk ke dalam rahim orang perempuan dan mengikat rahimnya serta menyumbat dengan tujuan agar kaum wanita itu tidak mengandung .

Diceritakan juga jin ini masuk ke dalam perut orang perempuan yang hamil , di waktu janin di dalam kandungannya sedang tumbuh jin ini akan menendangnya , maka berlakulah keguguran dan jadilah rahimnya kosong semua .

Sungguh mengerikan bukan ?

Bagaimana tandanya jika seorang bayi terkena gangguan jin Ummu Sibyan , diantaranya adalah ;

1. Bayi menangis, matanya terbeliak memandang ke atas atau ke sudut tertentu.


2. Anak-anak jatuh seperti mereka didorong
3. Mengigau sambil menggemerutukkan gigi
4. Selepas Asar dan sebelum Subuh, saya hanya demam panas.

Ini akan berlaku sebagai akibat daripada gangguan yang dinyatakan di atas;

1. Sawan dengan tangisan
2. Autisme, atau terlalu hiperaktif
3. nakal dan angkuh


4. Malas

Tanda-tanda Gangguan Jin Ummu Sibyan pada Wanita Hamil;

1) Rasa berat di dada, terutamanya selepas asar, yang mungkin berterusan sehingga tengah malam
2) Fikiran berserabut
3) Sakit di tulang belakang
4) Mengigau apabila sedang tidur
5) Bermimpi tentang sesuatu yang menakutkan

________________________

Cara Elak Gangguan Jin Ummu Sibyan 

1: Sebelum masuk ke rumah, Mummies pastikan memberi salam dan baca Bismillah. 

Begitu juga apabila kita menutup pintu apabila keluar dari rumah kerana syaitan sentiasa menunggu peluang untuk masuk ke rumah kita.

Lagi elok kalau Mummies bagi salam sebelum masuk mana-mana pintu didalam mahupun diluar rumah. Mummies jangan bagi salam dekat pintu tandas pula ya, disitu memang tempat syaitan ‘berzumba’, hahahah. 

Cukup baca doa sebelum masuk tandas, untuk dilindungi Allah dari gangguan syaitan.

2: Biasakan baca Al-Quran di rumah.

Jangan biar rumah sunyi tanpa bacaan ayat Al-Quran ya, saje ingatkan manatau sebelum ni asyik terdengar alunan muzik ‘lagha’ saja dari rumah tu kan.

Apa kata kalini kita perbaiki diri kita dengan membaca, jika tidak berkesempatan untuk baca, dengar alunan ayat Al-Quran buat Allah beri ganjaran pahala tau Mummies!

3: Jangan biar ada bilik kosong.

Maksudnya apa Mummies?

Maksudnya jangan biarkan satu-satu bilik tu berpenghuni dalam jangka waktu yang sangat lama.

Ada masa masuklah sekejap, kemas-kemas ke, tidur petang ke dekat bilik tu. 

4: Jaga Kebersihan tong sampah.

Bukan saja tong sampah, malah bakul sampah disinki tu kalau ada, jangan biar lama sangat nak bagi penuh punya pasal kan sampah tu.

Lepas basuh pinggan semua, cepat-cepat buang segala sampah yang ada.

Kadang-kadang kalau lauk haritu ikan masak asam pedas ke kan, mesti banyak tulang ikan tu dibakul sampah.

Tulang adalah makanan jin tau Mummies, jika dibiar maka kenyang lah jin nanti. 

5: Tutup semua pintu, tingkap ketika Maghrib.

Ni biasa mak-mak kita selalu kadang-kadang tu sampai mengamuk suruh kita tutup pintu, tingkap semua bila Maghrib.

Yang kita faham, yelah taknak nyamuk masuk.

Rupanya malam-malam elakkan buka pintu atau tingkap sebab angin malam tidak elok untuk tubuh badan. Kebiasaannya sihir dihantar menggunakan jin dan angin merupakan kenderaan jin.

6: Sebelum Maghrib, angkat pakaian.

Ini semua berkaitan dengan angin sihir. Oleh itu, sesetengah ulama akan membasuh pakaian mereka yang terdampar selepas maghrib.

7: Kejut orang yang mengigau.

Mummies kalau nampak suami ke anak ke ibu mertua tidur dan mengigau, jangan biarkan layan ngigau tu tau.

Kejutkan.

Pastikan kejut dengan lembut ya, 

bukan apa, risau yang tidur tu mengamuk nanti. 

8: Tidur mesti mengiring ke kanan.

Kalau tidur terlentang, letak bantal atas badan. Orang perempuan bila tidur, rambut kena letak bawah kepala, jangan lepaskan ke atas bantal.

9: Yang ada pintu berhadapan dengan pintu lain, tutup satu dan buka satu pintu.

Sebab pintu-pintu yang saling berhadapan boleh menjadi laluan makhluk halus. Kalau terlupa bagi salam semasa masuk rumah, keluar semula dan masuk balik dengan memberi salam.

 

Cc: www.majalahpama.my

https://www.majalahpama.my/12-panduan-elak-gangguan-jin-ummu-sibyan-pada-bayi-dikongsi-ibu-yang-berpengalaman-melaluinya/ 

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment