ADAKAH ANAK ANDA BERSEDIA UNTUK MENERIMA AHLI BARU DALAM KELUARGA?
Assalamualaikum dan selamat petang!
Harini Suraya Mothercare nak berkongsi tentang cara untuk elakkan anak terasa hati apabila menerima kehadiran adik baru.
Kelahiran bayi adalah perkara yang menggembirakan bagi mana-mana ibu bapa. Tetapi adakah anak anda bersedia untuk menerima adik baru?
Ikuti perkongsian kali ini untuk ketahui dengan lebih lanjut!
_________________________
KEHADIRAN ADIK BERADIK BAHARU
Mesti ada sedikit kebimbangan tentang reaksi anak yang lebih tua terhadap bayi baru lahir, kan?
Satu demi satu persoalan akan muncul di fikiran.
Bagaimanakah cara memberitahu anak yang lebih tua bahawa mereka akan mempunyai seorang adik?
Adakah mereka akan cemburu?
Apakah yang boleh anda lakukan untuk membuatkan mereka menerima kehadiran adik baru?
Bagi mana-mana ibu bapa, kedatangan adik baru adalah satu perkara penting.
Ini benar terutamanya jika si abang atau kakak yang masih kecil. Mereka mungkin berasa terpinggir dan dihiraukan daripada menjadi tumpuan.
Kebanyakan kanak-kanak memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan mempunyai adik baru dalam keluarga.
Ibu bapa, jangan risau, biasanya apabila bayi berusia lebih kurang 14 bulan (setahun 2 bulan), hubungan adik-beradik yang positif akan mula berkembang.
MASA SESUAI UMUMKAN KELAHIRAN BAYI
Apabila anda bersedia untuk menerima kehadiran bayi anda, ibu bapa mempunyai hak untuk menentukan masa dan perkara yang hendak dikongsikan dengan anak-anak tentang adik mereka.
Umur anak juga memainkan peranan penting.
Sebaik-baiknya, idea mengenai kehadiran adik perlu diperkenalkan sejak awal kehamilan.
Jika tidak, sekurang-kurangnya 3 atau 4 bulan sebelum bayi dilahirkan.
Anda boleh cuba bercakap mengenai bayi secara umum. Lepas tu cakap pasal ada adik baru.
Walaupun anak yang lebih berusia mungkin bertanya kepada anda dari mana bayi berasal, bagaimana mereka berada di dalam perut dan bagaimana bayi akan keluar.
Apabila bercakap dengan anak tentang seks, berikan penjelasan yang mudah dan sesuai dengan umur. Ini adalah pilihan terbaik.
Secara umumnya, terdapat banyak buku tentang kehamilan dan kelahiran bayi yang mungkin boleh membantu anda.
PERSIAPKAN ANAK UNTUK MENERIMA KEHADIRAN ADIK BARU
Persediaan anak anda boleh dibahagikan kepada 3 bahagian utama, iaitu:
Sebelum bayi dilahirkan
Anak anda perlu merasakan bahawa perubahan ini telah melibatkan seluruh keluarga. Anda boleh lakukan:
- Bercakap dengan anak anda tentang bayi. Lihat gambar dan terangkan bagaimana keluarga itu berkembang.
- Tunjukkan gambar mereka semasa kecil.
- Biarkan mereka menyentuh perut anda untuk merasai pergerakan bayi menendang dari dalam. Jika anda membawa mereka untuk pemeriksaan pranatal, minta mereka mendengar sama degupan jantung bayi.
- Libatkan mereka dalam persiapan untuk adik baru.
- Tanya mereka apa yang paling mereka nantikan selepas bayi dilahirkan.
- Jika anak mempunyai apa-apa kebimbangan di dalam hatinya, bercakap dengan mereka mengenainya. Peluk mereka dan sayangi mereka.
- Fokus pada perkara yang baik jika mempunyai adik baru untuk disayangi.
Anda mungkin boleh memberitahu anak bagaimana rasanya mempunyai bayi baru.
Bawa anak anda melawat rakan atau saudara mara yang baru melahirkan bayi.
Ini membantu mereka menyedari bahawa bayi suka tidur dan perlu dijaga – bukan kawan sepermainan yang lasak!
Jika anda ingin memulakan latihan tandas atau menukar bilik tidur, lakukan sebelum bayi dilahirkan.
Jika tidak, berhenti membuat perubahan sehingga bayi anda sedikit lebih besar.
SEMASA PROSES BERSALIN
- Beritahu anak siapa yang akan menjaga mereka semasa ibu tiada. Sebaik-baiknya pilih pengasuh atau penjaga yang mereka kenal dan rasa selesa.
- Letakkan gambar keluarga di dalam bilik tidur supaya anak sentiasa mempunyai tanggapan bahawa anda bersama mereka.
- Atur aktiviti harian untuk anak seperti biasa, jika boleh. Ia boleh membantu mereka berasa lebih selamat.
- Kekal berhubung dengan anak yang lain semasa anda berada di hospital. Jika keadaan ibu dan bayi sihat, bawa anak untuk melawat di hospital.
- Jika anak yang lebih besar datang melawat, buat mereka berasa disayangi dan istimewa. Beritahu mereka betapa anda merindui mereka
MEMBAWA BAYI BARU PULANG KE RUMAH
Idea berikut boleh membantu anda menguruskan perkara apabila anda mula-mula membawa pulang bayi:
Yakinkan kepada anak – terutamanya jika mereka masih kecil – dengan pelukan penuh kasih sayang sebelum memperkenalkannya buat kali pertama.
Jika ahli keluarga membawa hadiah, minta mereka membawa hadiah untuk anak lain juga.
Anda juga boleh menyediakan hadiah kecil dan mengubahnya menjadi hadiah daripada adik lelaki atau perempuan.
Memberi patung kecik kepada kanak-kanak juga merupakan idea yang boleh dicuba. Ia membuatkan mereka berasa seperti mempunyai anak sendiri.
Kehadiran adik baru pasti mengubah keluarga anda.
Apabila anak yang lebih besar cuba menyesuaikan diri, sentiasa yakinkan mereka bahawa kasih sayang dan penjagaan anda terhadap mereka tidak akan pernah berubah.
Pada masa yang sama, jelaskan kepada anak tentang peranan dan tanggungjawab penting mereka dalam keluarga sebagai abang atau kakak.
Haa dah tahu kan bagaimana cara elakkan anak terasa hati apabila menerima kehadiran adik baru? Semoga bermanfaat!
cc: hellodoktor
No comment yet, add your voice below!