Assalamualaikum dan selamat pagi Mummies!
Kongsian kali ini khas untuk Mummies yang mengalami keguguran ya.
Kepada Mummies yang diuji dengan keguguran, semoga diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menempuhi hari- hari kedepannya.
Tajuk kita pada hari ini adalah berpantang bagi Mummies yang keguguran.
Selamat membaca Mummies!
_______________________________
ANTARA SIMPTOM KEGUGURAN:
Mummies yang keguguran mungkin akan mengalami tanda-tanda seperti di bawah:
- Pendarahan (sedikit atau banyak)
- Kejang perut
- Sakit di bahagian abdomen
- Demam
Jika Mummies sedang hamil dan mengalami simptom-simptom yang disebutkan tadi, segeralah berjumpa dengan doktor.
Mummies haruslah bertanggungjawab membuat pemeriksaan kesihatan diri dan bayi selama kehamilan agar tidak terlepas pandang akan tanda- tanda yang janggal selama kehamilan.
Ini kerana jika pemeriksaan berkala dilakukan, doktor boleh mengenalpasti masalah yang dialami dengan lebih awal.
BAGAIMANA KEGUGURAN BOLEH BERLAKU
Kebanyakan masalah keguguran yang berlaku semasa trimester pertama adalah disebabkan oleh kecacatan (abnormality) pada kromosom.
Kromosom yang cacat tidak dapat hidup dengan baik dan berkembang seperti yang sepatutnya, justeru itu menyebabkan keguguran.
Selain itu, keguguran juga boleh disebabkan oleh jangkitan kuman, terdedah kepada persekitaran tempat kerja yang bahaya seperti toksik dan radiasi yang tinggi, masalah hormon, uterus abnormal, cara hidup, penyakit tiroid, kurang nutrisi dan sebagainya.
Risiko keguguran semakin meningkat jika seseorang wanita itu sudah berusia.
Kajian menunjukkan bahawa wanita yang berusia 20-an berisiko mengalami 12-15% masalah keguguran, manakala wanita di usia 40 mempunyai 25% risiko keguguran.
ADAKAH WAJIB MUMMIES YANG KEGUGURAN UNTUK BERPANTANG?
Wanita yang mengalami keguguran tidak terkecuali untuk diarahkan berpantang.
Dan Mummies yang keguguran adalah tidak terkecuali seperti Mummies yang selamat bersalin.
Mengikut amalan nenek moyang dahulu, cara berpantang selepas keguguran adalah sama dengan penjagaan ibu selepas bersalin.
Walau bagaimanapun, ramai ibu zaman moden kini kurang mengambil berat akan penjagaan tubuh terutamanya jika mengalami keguguran.
Rata-rata mereka menganggap hanya wanita yang bersalin sahaja perlu menjalani amalan berpantang.
Bagi wanita yang gugur, sesetengahnya ingin segera ‘lekat’ semula tanpa perlu ‘berpuasa’ bersama dengan suami.
CARA PANTANG SELEPAS GUGUR
Dari segi pemakanan, cara berpantang selepas keguguran lebih kurang sama dengan ibu lepas bersalin.
Ibu yang mengalami keguguran tidak boleh makan makanan yang berangin seperti rebung dan pucuk ubi, tumbuhan yang menjalar seperti labu dan timun serta buah-buahan sejuk dan berangin seperti kuini dan cempedak.
Selain itu, ibu gugur juga tidak boleh makan ikan yang berduri seperti ikan pari dan terubuk.
Dari segi kegiatan harian pula, ada beberapa perkara yang ditegah menurut pantang-larang orang Melayu, seperti tidak boleh melalui bawah ampaian atau makan buah cermai.
Walau bagaimanapun, keberkesanan terhadap pantang-larang ini tidak dapat dipastikan.
BILA MUMMIES YANG KEGUGURAN BOLEH HAMIL SEMULA?
Ibu keguguran lazimnya ingin cepat hamil semula tanpa melalui tempoh berpantang yang disyorkan.
Jika merujuk kepada doktor, ibu berpantang disyorkan untuk berehat selama tiga kitaran haid atau 3 bulan sebelum cuba untuk hamil semula.
KESAN JIKA MUMMIES YANG KEGUGURAN DAN TIDAK BERPANTANG
Jika penjagaan diri semasa berpantang tidak diikuti, kemungkinan kesannya tidak akan muncul serta-merta, tetapi anda akan merasainya apabila usia anda semakin meningkat dan melalui banyak proses kelahiran.
Mereka yang tidak mengikuti cara berpantang selepas keguguran akan mengalami masalah bisa urat, lenguh badan, sendi, sakit pinggang dan kebas-kebas.
Penjagaan fizikal dan emosi selepas keguguran adalah perkara yang lebih penting. Paling utama, janganlah menyalahkan diri anda atas keguguran yang berlaku.
Jika anda masih tidak dapat menerima kenyataan, pergilah berjumpa dengan pakar bagi membantu anda mengatasi masalah tersebut.
Ingatlah! Jika anda ingin hamil sekali lagi, anda tidak boleh berada dalam keadaan tertekan. Emosi yang tertekan hanya akan menyukarkan anda untuk kembali hamil.
Cc: hellodoktor.com
No comment yet, add your voice below!