Assalamualaikum dan selamat petang mommies!
Harini Suraya Mothercare nak kongsi tentang berpantang selepas melahirkan anak mengikut ajaran islam.
Apa perkara yang dapat membantu mommies sembuh selepas bersalin? Untuk mengetahui tentang pantang larang Islam selepas bersalin, ikuti artikel ini yang diambil daripada hellodoktor!
Semoga bermanfaat!
_________________________
Berpantang selepas melahirkan anak. Ajaran islam atau tradisi Melayu?
Islam adalah agama yang mudah untuk difahami. Selepas bersalin, Mommies tidak perlu melakukan apa-apa jenis urutan, mandi herba atau calitan di dahi.
Tambahan pula, tempoh berpantang 60 hari selepas bersalin, yang sering disebut-sebut dalam ajaran agama Islam, adalah tempoh paling lama seorang wanita berada dalam keadaan nifas.
Tempoh tersebut berbeza mengikut mazhab seorang muslim.
Sebagai contoh, mazhab Hanbali menetapkan tempoh maksimum empat puluh hari untuk pengeluaran darah nifas selepas bersalin, manakala mazhab Syafie menetapkan enam puluh hari.
Apakah peraturan Islam yang perlu dipatuhi selepas bersalin?
Perlukah anda membelanjakan masa dan wang untuk kaedah bertungku untuk mengurangkan saiz rahim atau berurut untuk mengembalikan tenaga dan penampilan anda selepas bersalin?
Jawapannya adalah tidak. Walau bagaimanapun, amalan kaedah yang disenaraikan di atas tidak dilarang dalam agama Islam.
_________________________
Budaya berpantang masyarakat asia
1. Melayu
– Tempoh pantang selama 44 hari
– Pantang daripada makanan dan perkara yang menyebabkan angin dan sejuk badan
– Penggunaan jamu
– Mandian air panas
– Urutan badan untuk si ibu
– Bertungku
– Memakai bengkung
– Memastikan tubuh sentiasa panas dengan berpakaian tebal dan memakai stokin
– Tidak digalakkan minum air terlalu banyak
– Hubungan kelamin dilarang
2. Cina
– Tempoh pantang selama 30 hari
– Pantang daripada makanan dan perkara yang menyebabkan halia, arak beras dan minyak bijan
– Tonik herba
– Air kosong perlu dielakkan, sebaliknya air herba digalakkan.
– Dilarang membasuh rambut, minum air sejuk, makan buah yang menyejukkan, terdedah kepada angin
– Hubungan kelamin dilarang
3. India
– Tempoh pantang selama 40 hari
– Pengambilan susu dengan halia untuk mengelakkan angin
– Cili tidak dibenarkan
– Urutan badan dan balutan herba diamalkan
– Memakai bengkung
– Memandikan bayi dalam air beras untuk kuatkan tulang bayi
_________________________
Sebagai contoh, amalan bertungku, yang sering dianggap sebagai salah satu kaedah penting untuk mengurangkan saiz rahim, adalah contoh yang baik.
Hakikatnya, tanpa penggunaan kaedah ini, rahim seorang wanita akan mengecut secara semula jadi.
Refleks penyusuan badan dan hormon oksitosin boleh membantu mempercepatkan proses.
Walaupun amalan bertungku bukanlah sesuatu yang perlu dilakukan, ia boleh membantu mengurangkan sakit rengat (seakan-akan senggugut) yang disebabkan oleh proses pengecutan rahim.
_________________________
Tempoh berpantang selepas bersalin mengikut kajian sains
Wanita biasanya mempunyai tempoh pospartum selama 8 minggu, atau 56-60 hari, selepas bersalin, bermula dengan hari bayi dilahirkan.
Ia adalah masa yang mencabar bagi ibu kerana mereka mengalami perubahan fizikal dan emosi semasa menjaga bayi mereka yang baru dilahirkan.
Tiga bahagian penting yang perlu diperhatikan adalah:
1. Waktu tidur yang mencukupi
2. Nutrisi yang seimbang
3. Penjagaan faraj untuk wanita yang mengalami kekoyakan semasa bersalin
Terdapat beberapa petua yang boleh diikuti untuk memastikan kesihatan ibu berada dalam keadaan terbaik semasa berpantang selepas bersalin.
_________________________
MINUM AIR SECUKUPNYA
Kekurangan air menyebabkan banyak komplikasi dan masalah kesihatan yang sering berlaku.
Selepas bersalin, ibu mesti minum 2–3 liter air setiap hari untuk memenuhi kehendak badan mereka untuk menyusukan anak.
Oleh kerana susu ibu mengandungi banyak air, pengambilan air yang mencukupi adalah penting, terutamanya jika si ibu melakukan senaman.
Pernah dengar tak cerita bahawa ibu boleh mengalami urat kembang jika mereka minum terlalu banyak air?
Ia bukan kerana air atau “angin” yang masuk ke dalam urat manusia; ia adalah urat di kaki yang bervaricose.
Sulit untuk kita memahami mengapa wanita bersalin pada masa dahulu perlu catuan air.
Namun, memandangkan mereka menghadapi kesukaran untuk mendapatkan air bersih (ambil air di perigi dan jerang dengan cara yang betul), mitos ini mungkin merupakan salah satu faktor.
Ia lebih berkaitan dengan kesukaran mendapatkan sumber air dan bukanlah berteraskan kajian sains.
AMALKAN PEMAKANAN YANG SEIMBANG
Perlu ke mommies perlu mengurangkan pengambilan makanan anda? Penjagaan pemakanan adalah penting sepanjang hayat.
Jika ibu mengekalkan pemakanan seimbang selepas bersalin, tiada undang-undang khusus yang ditetapkan.
Namun, kenapa banyak pantang larang pemakanan yang timbul dalam kalangan orang melayu?
Makanan “sejuk” seperti sayur-sayuran (timun dan bayam) dan buah-buahan (tembikai, betik dan jambu) boleh menyebabkan menggigil dan demam selepas bersalin, jadi sesetengah orang enggan mengambilnya. Kebenarannya?
Tidak ada bukti bahawa makanan ini boleh menyebabkan demam.
Memandangkan simptom ini mungkin disebabkan oleh jangkitan selepas bersalin, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor.
Kementerian Kesihatan Malaysia menyatakan bahawa sukatan pemakanan yang dicadangkan untuk ibu selepas bersalin menggunakan idea suku-suku-separuh, yang sama seperti yang dicadangkan untuk populasi umum.
Mereka memerlukan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan kerana kandungan serat yang tinggi. Makanan ini boleh mencegah sembelit.
Ia juga mengandungi nutrien lain seperti vitamin A, B, C, zat besi, kalium, natrium, dan asid folik.
Ibu akan kekurangan nutrisi jika mereka hanya makan bubur semasa berpantang.
Pilih makanan yang kaya dengan nutrien dan elakkan makanan ringan dan berminyak jika anda ingin berpantang.
JALANI KEHIDUPAN YANG AKTIF
Jika anda ingin mengamalkan diet selepas bersalin untuk mendapatkan bentuk badan yang lebih langsing, lakukannya dengan sederhana.
Jika anda ingin bersenam, lakukannya secara bersederhana.
Wanita yang telah bersalin tidak semestinya perlu terlantar di atas katil sepanjang hari sehingga tamat tempoh berpantang.
Jika anda tidak mempunyai pembantu semasa tempoh berpantang, anda boleh melakukan kerja rumah.
Ia adalah cara yang mudah untuk ibu kekal aktif, terutamanya jika mereka tidak mempunyai pembantu sewaktu tempoh tersebut.
cc: hellodoktor
@facebooktwitterpinterestinstagram
No comment yet, add your voice below!