Assalamualaikum dan selamat pagi Mummies!
Kongsian kalini adalah punca dan cara mengatasi sedu bayi.
Selamat membaca Mummies!
_____________________________
PUNCA BAYI SEDU
Ramai Mummies tidak tahu sebenarnya masalah sedu yang dialami bayi baru lahir biasanya disebabkan oleh terlebih menyusu, proses penyusuan terlalu cepat atau menelan banyak udara – punca si manja kembung perut.
Apabila perut berangin, ia sebenarnya akan menolak diafragma – menyebabkan ia kekejangan dan terjadilah sedu!
Ada kalanya bayi boleh mengalami sedu disebabkan oleh perubahan mendadak dalam suhu perut.
Ini kerana Mummies tidak selakan waktu yang cukup dalam pemberian makanan sejuk atau panas kepada bayi.
Contohnya, Mummies beri bayi susu sejuk, beberapa minit kemudian diberikan pula bubur panas. Gabungan ini pun sebenarnya boleh mencetuskan sedu pada bayi.
GASTROESOPHAGEAL REFULX
Ha apa pula ni Mummies? Macam susah aje nak sebut ni.
Selain dari punca-punca diatas, ini juga punca sedu bayi iaitu refluks gastroesophageal atau lebih dikenali sebagai GER (gastroesophageal reflux).
Macam ni..
Apabila bayi mengalami keadaan refluks ini, sebahagian makanan yang dicerna dan jus berasid daripada perut mengalir kembali ke esofagus menyebabkan sensasi rasa terbakar dan ketidakselesaan.
Haaa, bunyi macam serius je kan.
Jadi disebabkan esofagus melalui diafragma, ia boleh merengsa dan menyebabkan bayi lebih kerap sedu.
Di samping sedu, bayi dengan GER juga akan mengalami simptom lain seperti:
- Bayi kerap menangis dan mudah meragam
- Bayi melengkungkan badan secara berlebihan semasa atau selepas penyusuan
- Bayi lebih kerap terjeluak atau seakan-akan ingin muntah
- Batuk
Kalau Mummies perasan gejala-gejala GER seperti di atas, cepat- cepat bawak bayi untuk pemeriksaan kesihatan di klinik atau di hospital berdekatan.
Ataupun Mummies boleh rujuk terus pada pakar pediatrik.
Mummies janganlah risau, GER ini boleh dirawat ya.
______________________________
TEMPOH BAYI SEDU
Untuk pengetahuan Mummies, bayi sebenarnya boleh mengalami sedu beberapa kali sehari dan boleh berlanjutan untuk tempoh selama 10 minit atau lebih.
Sedu selama 10 minit itu lama ya Mummies, orang dewasa pun akan merasa ketidakselesaan jika sedu dalam tempoh waktu itu.
Namun jika bayi tidak menunjukkan gejala tidak selesa sedu boleg dibiarkan kerana ianya akan hilang sendiri.
Kalau bayi dah nampak sukar untuk bernafas, menangis tidak selesa ianya perlu dibimbangi dan segera berjumpa doktor tau!
CARA HILANGKAN SEDU BAYI
Jika bayi diberikan penyusuan ekslusif, pastikan Mummies mengambil kira petua ini untuk mencegah sedu:
- Sendawakan bayi semasa bertukar daripada satu payudara ke sebelah yang lain
- Jika menelan udara berlebihan adalah puncanya, mungkin anda boleh memeriksa lekapan puting bayi. Pastikan bibir bayi melekap di sekeliling areola dan bukannya hanya puting
- Disarankan untuk berehat seketika semasa menyusu untuk sendawakan bayi dan teruskan penyusuan selepas berehat antara 5-10 minit
- Cuba betulkan kedudukan botol susu untuk mengelakkan bayi menelan udara berlebihan
Sama ada untuk si kecil menyusu badan atau botol, tip berikut boleh membantu menghentikan sedu bayi:
- Dudukkan bayi tegak selama 20-30 minit selepas setiap penyusuan
- Jika tiada punca sedu yang boleh dikenal pasti, gosokkan belakang bayi atau melakukan henjutan (rocking) lembut boleh membantu
PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN
Terdapat beberapa perkara yang harus dielakkan sama sekali semasa cuba meredakan sedu yang dialami bayi, seperti:
- Jangan sekali-kali mengejutkan atau menakutkan bayi untuk menghilangkan sedu
- Jangan letakkan kain basah di dahi bayi, yang juga tidak membantu
- Menahan nafas adalah satu petua yang tidak boleh dicuba pada bayi – ia berbahaya!
- Ada petua menyarankan untuk menarik lidah bayi dan menekan pada ubun-ubun atau fontanelle anterior (bahagian lembut kepala si comel, tetapi ini boleh menyakiti mereka
SEDU PERLU DIAMBIL SERIUS JIKA…
Masalah sedu yang dialami si comel adalah perkara normal. Bahkan ia sebenarnya boleh berlaku semasa bayi dalam kandungan lagi.
Walau bagaimanapun, jika sedu terlalu kerap berlaku sehingga menyebabkan si kecil berasa tidak selesa dan mudah meragam, anda dinasihatkan bawa anak untuk melakukan pemeriksaan doktor. Ini kerana ia mungkin disebabkan oleh masalah kesihatan lain.
Mummies juga disarankan untuk berunding dengan doktor jika sedu mengakibatkan tidur si kecil terganggu atau sekiranya ia berterusan terjadi selepas ulang tahun kelahiran pertama bayi.
Cc: hellodoktor.com
https://hellodoktor.com/keibubapaan/bayi/penjagaan-bayi/kenapa-bayi-sedu/
No comment yet, add your voice below!