Kalau Taknak 3 Virus ni Menjangkiti Bayi, Jangan Cium Bayi Sesuka Hati!
Assalamualaikum dan good morning Mummies!
Sahur apa pagi tadi? Ha, tak kisahla sahur apa pun, asalkan sihat dan mampu bangun sahur. Bukan apa, takut nanti siang hari masuk angin dah susah Mummies nak jaga baby yang comel tu.
Mummies pernah tak rasa geram sangat dengan bayi sendiri? Kalau Mummies pun dah geram apatah lagi orang luar kan?
Tapi tahu tak sebenarnya ada risiko kesihatan kepada bayi jika kerap dicium?
Berikut 3 penyakit paling lazim yang boleh menjangkiti bayi jika dia sering dicium pada bahagian bibirnya.
_________________________________________
PENYAKIT YANG BERISIKO MENJANGKITI BAYI APABILA DICIUM.
1. MONONUCLEOSIS (PENYAKIT ‘MENCIUM’ ATAU MONO)
Mononucleosis ditafsirkan sebagai penyakit berjangkit yang disebarkan melalui perpindahan air liur yang mengandungi virus Epstein-Barr viruses (EBV). Pendedahan paling biasa kepada penyakit ini adalah melalui ciuman.
Sebab itulah, Mummies perlu hati-hati dan jangan biarkan orang lain cium anak sesuka hati!
Namun, pesakit juga boleh mendapat virus ini melalui seseorang yang mengalami batuk, bersin atau berkongsi perkakas makanan dengan orang yang dijangkiti, bukan hanya melalui ciuman semata-mata.
Walaupun mononucleosis tidak berbahaya, namun ia boleh menyebabkan komplikasi dan mengancam nyawa jika tidak dirawat dengan betul. Antara komplikasinya termasuklah:
- Pembesaran limpa – organ kecil berdekatan dengan perut yang bertanggungjawab kepada kualiti sel darah. Dalam kes yang teruk, pesakit mungkin memerluakn pembedahan kerana ia boleh menyebabkan limpa pecah.
- Masalah hati – pesakit boleh menderita sama ada Hepatitis (radang hati sederhana) atau Jaundis (kulit dan mata bertukar kuning)
Komplikasi biasa lain seperti anemia, masalah jantung, thrombocytopenia (kurang platelet dalam darah) atau bengkak tonsil sehingga menyebabkan kesukaran bernafas.
2. VIRUS KAYAP BUNGA (HSV)
Herpes ataupun kayap adalah satu jangkitan kronik yang disebabkan apabila salah satu 1 dalam 2 jenis virus yang berkait rapat memasuki kulit dalam kawasan tertentu:
- Virus kayap bunga jenis 1 (HSV-1) kebanyakannya dihantar melalui hubungan oral. Ia boleh menyebabkan kayap oral.
- Virus kayap bunga jenis 2 (HSV-2) kebanyakannya dihantar melalui hubungan seks. Ia boleh menyebabkan kayap genital (bahagian intim).
JikaMummies atau orang lain cium anak pada kawasan mulut, dia mungkin akan mendapat jangkitan kayap bunga jenis 1 dan kayap oral – keadaan di mana berlaku lepuh kecil yang menyakitkan (juga dikenali lepuh sejuk) mula merebak pada bahagian bibir, gusi, lidah, dan dalam mulut bayi.
Kayap ini tidak membawa maut kepada orang dewasa.
Bagaimanapun, ia boleh mengancam nyawa bayi baru lahir memandangkan sistem ketahanan tubuh mereka masih belum berkembang sepenuhnya. Virus ini boleh menyerang teruk tubuh mereka, menyebabkan komplikasi seperti encephalitis (radang otak) dan keratitis (radang mata).
Ha, Mummies dah faham dan tahu kan tentang bahaya untuk kita cium bibir bayi sesuka hati?
Jadi sama-samalah kita berhati-hati dan Mummies ingatkan orang lain seperti saudara mara, kawan-kawan supaya tidak cium bayi Mummies sesuka hati!
Semoga kongsian kalini bermanfaat, selamat berilmu dan beramal Mummies!
Cc: hellodoktor
No comment yet, add your voice below!