HINGGA MENCECAH 18 JAM! APA RISIKONYA?
Assalamualaikum dan selamat pagi!
Harini Suraya Mothercare nak berkongsi tentang risiko jika proses bersalin terlalu lama.
Ibu dan ayah yang bakal menimang cahaya mata sangat teruja akhirnya bertemu dengan si kecil setelah menunggu selama 9 bulan. Tetapi kadangkala, masa yang diambil untuk bayi keluar mungkin lebih lama daripada jangkaan.
Mari ketahui lebih lanjut tentang apa yang berlaku apabila bayi mengambil masa yang lama untuk keluar semasa kelahiran.
Ikuti perkongsian kali ini untuk ketahui dengan lebih lanjut!
_________________________
TEMPOH BERSALIN ANDA LAMA?
Bersalin lambat adalah apabila proses bersalin mengambil masa yang lama.
Ini adalah apabila seorang wanita mengambil masa kira-kira 20 jam atau lebih untuk kelahiran pertamanya dan 14 jam atau lebih untuk kehamilan berikutnya.
Proses bersalin berpanjangan ini bergantung kepada peringkat kelahiran dan sama ada serviks diluaskan dengan betul dan terbuka untuk proses bersalin.
Secara umumnya, peringkat kelahiran terbahagi kepada 3 peringkat:
- Peringkat pertama: Bermula daripada fasa awal melahirkan anak sehingga serviks melebar dan menipis sepenuhnya
- Peringkat kedua: Bermula daripada pelebaran penuh hingga melahirkan
- Peringkat ketiga: Bermula dengan kelahiran bayi sehingga plasenta dikeluarkan
Tempoh bersalin yang berpanjangan berlaku pada peringkat pertama fasa bersalin. Ia boleh meletihkan dan menjejaskan emosi, tetapi jarang menimbulkan komplikasi kepada ibu.
Tahap awal bersalin lama: Melibatkan proses melahirkan anak yang berpanjangan selama lebih 8 jam tanpa melepasi peringkat pertama.
Tahap pertama bersalin lama: Apabila proses melahirkan anak berpanjangan selama lebih 12 jam tanpa melangkah ke peringkat kedua bersalin.
Tahap kedua bersalin lama: Biasanya memakan masa 5 hingga 30 minit. Tetapi ia menjadi berpanjangan jika:
- 2 hingga 3 jam bagi wanita yang pernah hamil sebelum ini
- 1 hingga 2 jam untuk wanita yang hamil kali pertama
Oleh itu, seorang ibu hamil dikatakan mengalami masalah lambat bersalin sekiranya masa untuk melahirkan anak itu berlangsung lebih daripada 20 jam.
Sekiranya kandungan adalah bayi kembar atau berganda, maka tempoh bersalin lama adalah pada 16 jam.
Proses melahirkan anak yang berpanjangan boleh berlaku sekiranya:
- Saiz bayi sangat besar dan tidak dapat bergerak melalui saluran kelahiran
- Bayi berada dalam kedudukan tidak normal, posisi songsang. Biasanya kepala bayi akan turun ke bawah dan menghadap ke belakang
- Saluran kelahiran terlalu kecil untuk dilalui bayi
- Proses kontraksi atau pengecutan rahim sangat lemah
TANDA LAMBAT BERSALIN
Antara tanda dan simptom lambat bersalin yang boleh diperhatikan adalah termasuk:
- Tempoh melahirkan anak melebihi 18 jam: Tanda paling utama adalah kelewatan
- Keletihan ibu: Wanita yang sedang dalam proses beranak berasa lemah dan letih
- Gejala fizikal lain adalah seperti sakit belakang yang teramat sangat, denyutan nadi tinggi dan keadaan rahim lembut (tender) juga memberi amaran mengenai fasa bersalin berpanjangan
- Ketosis: Merupakan komplikasi dehidrasi dan kekurangan karbohidrat (atau glukosa) untuk tenaga dalam badan. Keadaan ini mengakibatkan pengumpulan keton dalam tubuh yang tidak normal
RISIKO PROSES BERSALIN TERLALU LAMA
Fasa melahirkan anak yang berpanjangan boleh menyebabkan komplikasi serius pada ibu atau bayi, bahkan berisiko membawa maut.
Antara komplikasi biasa yang boleh dialami ibu adalah:
- Jangkitan
- Pecah rahim
- Fistula genital
Situasi lambat bersalin ini juga boleh membahayakan bayi. Ia boleh menyebabkan:
- Tahap oksigen yang rendah untuk bayi
- Irama jantung yang tidak normal pada bayi
- Bahan tidak normal dalam cecair amniotik atau ketuban
- Jangkitan rahim
- Kematian dalam kandungan
Sekiranya bayi berdepan kesukaran, anda mungkin perlu melalui fasa kelahiran kecemasan.
Ini melibatkan pemantauan rapi yang penting untuk memastikan tahap kesihatan anda dan bayi dalam kandungan.
RAWATAN UNTUK TEMPOH BERSALIN LAMA
Sekiranya anda melalui fasa bersalin yang berpanjangan, doktor mungkin akan menyarankan untuk berehat sebentar.
Adakalanya ubat akan diberikan untuk meringankan kesakitan proses bersalin dan membantu anda berehat.
Dalam sesetengah keadaan, anda mungkin akan berasa lebih selesa selepas mengubah posisi atau kedudukan badan.
Rawatan tambahan untuk membantu tempoh bersalin lama ini adalah bergantung kepada punca atau sebab yang mendasari keadaan tersebut.
Sekiranya bayi sudah sedia berada dalam saluran kelahiran, doktor boleh menggunakan alat khas yang disebut sebagai forcep atau alat vakum bagi membantu mengeluarkan bayi melalui faraj.
Jika doktor berasakan anda memerlukan lebih kuat kontraksi, berkemungkinan akan diberikan 0xytocin.
Ubat ini berfungsi untuk mempercepatkan pengecutan dan menjadikannya lebih kuat.
Seandainya selepas doktor berasa anda sudah cukup kontraksi dan tempoh bersalin masih lambat, proses kelahiran secara pembedahan caesarean adalah pilihan terakhir.
Sekiranya bayi terlalu besar atau ubat yang diberikan tidak mempercepatkan proses beranak, anda memerlukan C-Sec.
Pembedahan Czer mungkin menjadi jawapan kepada beberapa masalah yang menyebabkan wanita berdepan situasi lambat bersalin.
Hampir sepertiga C-Sec dilakukan kerana tempoh bersalin yang berpanjangan.
Kelahiran Caesar adalah sangat biasa untuk kehamilan berganda.
Dianggarkan hampir separuh kelahiran kembar dilakukan melalui prosedur caeserean, sementara 90% kembar tiga dilahirkan dengan proses pembedahan ini.
Haa mommies kat luar sana dah tahu kan apa risiko jika proses bersalin terlalu lama? Semoga bermanfaat!
cc: hellodoktor
No comment yet, add your voice below!