Skip to content

8 MANFAAT IBU HAMIL MINUM AIR KELAPA

Air kelapa dan khasiatnya memang tidak dapat disangkal lagi. Ia tinggi dengan elektrolit, potasium, vitamin C, sodium dan serat. Namun, bagaimana pula dengan ibu hamil minum air kelapa?

Air kelapa selamat diminum oleh ibu hamil kerana ia kaya dengan nutrisi, rendah kolestrol malah mengandungi elektrolit yang dapat menambah tenaga dalam badan. Mari kita lihat apa manfaat air kelapa kepada ibu hamil.

1. MENINGKATKAN IMUNITI BADAN

Antara manfaat utama air kelapa untuk ibu hamil ialah sebagai penguat imuniti badan. Air kelapa tinggi dengan potasium, kalsium dan klorida. Ia dapat menyegarkan, menguat dan menyihatkan badan, tambahan pula air kelapa kurang kandungan gula.

Malah terdapat kandungan antioksida, mineral dan vitamin di dalam air kelapa muda yang mampu membantu kebolehan badan melawan penyakit.

Ia juga membantu melindungi badan ibu hamil dan bayi di dalam kandungan dari jangkitan.

2. MENGAWAL PARAS GULA DAN MEMBAIKI PEREDARAN DARAH

Yang menariknya, manfaat air kelapa untuk ibu hamil bukanlah sekadar menyegarkan badan dan melawan penyakit saja. Ia juga mampu membantu mengawal kandungan gula dalam darah dan membaiki peredaran darah. Kandungan vitamin C, protein, magnesium dan potasium menjadikan ia antioksida yang meningkatkan kolesterol baik dalam badan.

Ia juga membantu mengawal tekanan darah yang menjadi punca praeklampsia pada ibu hamil.

Tambahn pula, air kelapa juga dikatakan membantu mengurangkan risiko strok dan tekanan darah tinggi pada wanita hamil.

3. MELAWAN JANGKITAN SALURAN KENCING

Air kelapa terkenal tinggi kandungan asid laurik yang bertanggungjawab dalam menghasilkan monolaurin, asid lemak yang melawan penyakit. Ia mempunyai sifat antibakteria, antifungi dan antiviral. Jadi, jika demam, cepat-cepat minum air kelapa ya.

Menjadikan air kelapa sebagai sebahagian diet boleh membantu mengekalkan kesihatan saluran kencing serta mengelakkan dari terkena jangkitan saluran kencing.

Ini kerana air kelapa membantu membersihkan saluran kencing serta pundi kencing. Jadi, jika anda mengalami isu kebersihan dalaman, capai segelas air kelapa dan minum. Namun, bagi ibu hamil berpada-pada ya, jangan terlalu berlebihan. Amalkan besederhana.

4. MENGAWAL LEMAK DAN MEMASTIKAN BADAN FIT

Air kelapa tiada kalori dan mampu membantu mengurangkan kolestrol dalam badan. Malah, ramai atlet mengakui yang ia sungguh menyegarkan dan memberi tenaga. Selain itu, ia juga mempunyai sifat menghalang pengumpalan sel lemak dan mengurangkan tahap lemak berlebihan dalam badan. Ini menjadikan air kelapa untuk ibu hamil adalah air minuman yang lebih baik. Jadi ibu hamil, jika anda ingin kekal aktif dan bertenaga, minum air kelapa!

5. MERAWAT PEDIH ULU HATI DAN SEMBELIT

Pedih ulu hati dan sembelit adalah masalah biasa pada wanita hamil.

Tetapi dengan air kelapa, ia mampu membaiki dan menguatkan sistem pencernaan malah menghalang pedih ulu hati dan sembelit.

Sifatnya yang menstabilkan PH dalam badan, menghalang badan dari menjadi terlalu berasid, membaiki metabolisma, mengurangkan loya serta mengurangkan rasa tidak selesa akibat 2 masalah ini.

6. MENGHALANG DEHIDRASI DAN KELESUAN

Kandungan plasma dan eletrolit dalam air kelapa dikatakan menyerupai badan manusia. Jadi ini menjadikan air kelapa sebagai solusi terbaik untuk merawat dehidrasi akibat sakit cirit-birit, kolera, keracunan makanan dan sakit perut. Ia juga sumber tenaga terbaik terutamanya buat wanita hamil.

7. MEMPERCEPATKAN PERTUMBUHAN JANIN

Oleh kerana air kelapa memberkalkan nutrien penting kepada si ibu, menjadikan ibu kekal sihat, bertenaga dan bebas jangkitan, ia juga membantu tumbesaran janin. Manfaat kesihatan kepada si ibu menyebabkan air kelapa menyediakan keadaan yang sihat untuk janin membesar.

8. DIURETIK SEMULAJADI

Tidak ramai tahu yang air kelapa juga merupakan diuretik semulajadi, iaitu pelawas air kencing. Ini bermakna air kelapa mampu mengawal tahap asid urik dalam badan. Dan ini sangat penting buat wanita hamil. Jadi meminum air kelapa bukan saja menyegarkan. Malah manfaat kesihatannya sungguh menakjubkan buat ibu hamil dan bayi di dalam kandungannya. 

Jadi,  jangan tunggu lagi, jadikan air kelapa sebagai peneman anda!

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment