Sebelum kita berbincang tentang perkara yang perlu dilakukan ketika trimester kedua, kita mengucapkan tahniah terlebih dahulu kepada ibu-ibu yang berjaya melepasi trimester pertama!
Pada trimester kedua, rasa mual dan muntah-muntah atau lebih dikenali sebagai morning sickness sudah semakin surut. Namun, ianya belum sepenuhnya surut dan ibu masih mengalami rasa mual tersebut.
Ketika ini, perut juga akan membesar dan sememangnya ibu semua menikmati saat ini kerana ramai yang memberi pendapat bahawa trimester kedua merupakan fasa yang senang ketika hamil.
5 perkara penting yang harus dilakukan ketika fasa trimester kedua kehamilan :
- Mengamalkan pemakanan sihat
Cukupkan bekalan makanan berkhasiat seperti bijirin, sayuran, buah-buahan, tenusu, dan protein. Ibu perlu kurangkan pengambilan makanan bergula.
- Kekal aktif
Ibu akan lebih bertenaga pada trimester kedua. Ini lah masa yang sesuai untuk anda bersenam dan menambahkan lagi seri hamil anda.
Antara senama ringan yang boleh dilakukan adalah yoga, berjalan, dan berenang.
- Ambil tahu tentang jarak hospital yang ingin anda bersalin
Hospital yang akan anda pilih untuk bersalin sebaiknya memunyai jarak yang tidak jauh dari rumah. Ini semua untuk memudahkan perjalanan jika terdapat hal kecemasan kelak.
- Persiapkan bilik atau sudut bayi
Pastikan bilik bayi tersebut mempunyai ciri-ciri keselamatan. Aspek barang-barang pula boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang serta menyediakan tempat menyalin lampin yang mudah diakses.
- Beli plan insurans materniti
Sekiranya insurans berada di dalam bajet anda, belilah plan insurans materniti sebagai plan kecemasan dan dapatkan nasihat daripada mereka yang pernah melanggan plan tersebut.
Semoga semua maklumat ini dapat memberikan manfaat kepada ibu-ibu di luar sana.
No comment yet, add your voice below!