Mummies Wajib Baca!
Asalamualaikum Mummies!
Pagi hari ni macam mendung aje, sedap kalau nak tidur balik ni hehe.
Ha lain pulak jadi kepada Mummies yang ada bayi yang asyik menangis je
Setiap berapa jam menangis, pening kepala Mummies dibuatnya kan. Akibatnya, Mummies akan stress dan memberi dampak buruk kepada kesihatan mental Mummies.
Pakar perubatan telah mendiagnos bayi yang menangis sebagai bayi Kolik dengan 3 tanda iaitu:
1. Bayi menangis sekurang-kurangnya 3 jam sekali
2. Bayi menangis sekurang-kurangnya 3 kali seminggu
3. Tangisan yang berlanjutan untuk tempoh 3 minggu berturut-turut.
____________________________________________________
PENYEBAB BAYI KOLIK MENANGIS TAK BERHENTI
Sebenarnya pakar perubatan masih berusaha mengenal pasti punca sebenar bayi kolik. Namun berikut adalah beberapa teori yang mungkin jadi penyebab bayi kolik.
1. DERIA BERLEBIHAN
Menjelang akhir bulan pertama selepas kelahiran, bayi akan menjadi lebih peka terhadap rangsangan persekitarannya.
Dengan begitu banyak rangsangan dan sensasi yang muncul, menyebabkan mereka sukar mengendalikan keadaan tersebut.
Yang ni Mummies tak boleh buat apa lah, kena sabar dan dapatkan pertolongan kalau mudaratkan Mummies semasa menjaga si bayi sebab normal bayi baru lahir akan menangis.
2. SISTEM PENCERNAAN
Mencerna makanan adalah tugas besar bagi sistem gastrousus bayi yang masih baru.
Akibatnya, makanan akan melalui saluran usus dengan cepat dan tidak dapat dicerna dengan sepenuhnya.
Berkemungkinan besar bayi berasa tidak selesa perut. Ha sebabtu lah asyik meraung aje kan!
3. ASID REFLUKS BAYI
Penyelidikan mendapati gastroesophageal reflux disease (GERD), boleh mencetuskan keadaan kolik bayi.
Keadaan itu mencegah asid perut mengalir ke kerongkong serta mulut dan merengsakan esofagus.
serta mulut dan merengsakan esofagus.
Jika bayi berumur 6 bulan ke atas, dan mengalami kolik, cuba beri bayi buah-buahan bukan sitrus, sayuran hijau, kekacang.
Seeloknya, dapatkan nasihat doktor dulu ya Mummies!
4. ALAHAN MAKANAN
Ada pakar percaya episod kolik terjadi disebabkan oleh alahan kepada protein susu lembu atau intoleransi laktosa pada bayi yang diberikan susu formula.
Untuk kes jarang berlaku, kolik juga boleh terjadi disebabkan reaksi terhadap makanan tertentu dalam diet pemakanan ibu yang menyusukan bayi.
Ni pun, kalau Mummies rasa ragu-ragu tolong rujuk kepada yang lebih pakar. Jangan terikut-ikut dengan petua yang tidak sahih yang boleh memudaratkan bayi kelak.
5. PENDEDAHAN KEPADA TEMBAKAU
Kajian menunjukkan wanita merokok semasa atau selepas kehamilan cenderung mempunyai bayi dengan kolik.
Ini berdasarkan pengalaman dan penelitian doktor ya.
Walaupun masih tidak jelas kaitan antara asap rokok dan kolik, tetapi bukankah bagus jika ibu mengandung menjaga kesihatan dengan baik? Malah orang sekeliling pun perlu memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan.
Terutama perokok tegar di luar sana, Mummies kalau ternampak atau mempunyai ahli keluarga yang merokok, segera jauhkan diri apabila mereka merokok.
Ini kerana asap rokok yang dihidu oleh Mummies pun akan beri kemudaratan kepada kesihatan Mummies tau!
__________________________________________________
MENGATASI KOLIK BAYI
Tiada rawatan dapat menghilangkan kolik, tetapi ada cara untuk membantu meredakan keadaan bayi menangis.
1. Pastikan bayi tidak lapar.
2. Keadaan lampin bayi sentiasa bersih.
3. Cuba untuk sendawakan bayi dengan lebih kerap semasa atau selepas penyusuan.
4. Jika si comel menyusu menggunakan botol, cuba tukar botol lain yang lebih sesuai.
5. Tanyakan pendapat doktor jika menukar susu formula boleh membantu.
6. Sesetengah ibu mengehadkan pengambilan kafein, tenusu, kacang soya, telur atau gandum dalam diet harian dan ia berkesan menghalang kolik bayi.
7. Dodoikan bayi.
8. Bernyanyi atau berbual dengan si manja.
9. Tawarkan puting kepada bayi.
10. Bawa bayi menaiki kereta sorong.
Mungkin perkara ini bagi sesetengah orang nampak remeh tetapi lain orang lain ujiannya.
Ada Mummies bayinya senang dipujuk bila menangis, ada Mummies yang sampai menangis sekali dengan bayi sebab bayi tak henti-henti menangis. Perkara ini wujud ya.
Sampai kadang-kadang tu Mummies overthinking macam-macam. Apa salah dengan bayi mereka?
Kepada Mummies yang berusaha menjaga si anak kecil, bertabahlah dan dapatkan pertolongan jika perlu.
Cc: hellodoktor
https://hellodoktor.com/keibubapaan/bayi/penjagaan-bayi/bayi-menangis-gangguan/
No comment yet, add your voice below!