BERCAKAP DENGAN BAYI MENGGUNAKAN TOPIK YANG MUDAH!

Setiap kali kita bertemu dengan bayi, pasti kita akan mengagah dan bermain bersama mereka bukan? Ada juga dalam kalangan kita yang menghabiskan masa bercakap dengan bayi tersebut seolah-olah mereka memahami setiap pertuturan kita. Tapi, betul ke bayi tak faham? Untuk pengetahuan anda, apabila kita menggunakan cara bercakap dengan bayi dengan betul, sebenarnya si kecil ini boleh belajar dan memahami pertuturan kita!

Tetapi, ada beberapa cara yang anda perlu lakukan supaya setiap pertuturan ini menjadi rangsangan yang baik untuk perkembangan si manja. Tak adalah hanya bercakap kosong dengan bayi di rumah sahaja kan?

CARA BERCAKAP DENGAN BAYI, SEBENARNYA MEREKA FAHAM!

Pening pikir cara nak cakap dengan anak sendiri? Ini caranya:

  • Bercakap sambil senyum dan buat eye contact

Cakap dengan baby sambil senyum:

“Hi Sarah, how are you?”

“Sarah, ini ayah.”

“Eh Sarah, baju Sarah ada bear!”

Apabalia tersenyum ketika berbual dengan mereka, ia dapat mewujudkan hubungan bersama bayi dan membuat mereka selesa.

  • Tunjuk dan namakan objek

“Look at this! It’s a teddy bear!”

Para ibu bapa dapat dedahkan perkataan serta suku kata baru kepada anak. Walaupun mereka masih belum bercakap, tetapi apabila sering diulang, bayi akan faham. Lama kelamaan bayi akan mula menyesuaikan diri dengan perkataan yang sering disebut banyak kali.

  • Nyatakan bunyi-bunyi yang terdapat pada permainan

Sambil goncang dan picit mainan yang ada bunyi, sertakan sekali dengan percakapan terhadap bayi:

“Haa dengar tak Sarah? It’s making a sound!”
“Sarah, lembu ini berbunyi moo.. moo”
“Sarah, kucing ini berbunyi meow”

Ibu bapa boleh memberi ransang deria pendengaran sambil menerangkan kepada bayi. Ini membantu bayi menghubungkan perkataan dengan tindakan.

  • Memberi respon kepada celoteh bayi

Bayi memang sering dan suka babbling. Ibu bapa boleh menjawab dan memberi respon kepada mereka. Contohnya seperti:

“Oh, you’re talking too! What are you trying to say?”

“Sarah lapar ya. Nak susu?”

“Oh, Sarah tak selesa ya?”

Tindakan ini secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan dengan bayi.

Secara keseluruhannya,

– Senyum dan buat kontak mata

– Tunjukkan dan nama objek

– Jelaskan tindakan & bunyi

– Memberi respon terhadap celoteh bayi

INGAT! Ini paling penting:

1. Gunakan bahasa mudah, sepatah sepatah sahaja.
2. Eye contact kena sentiasa ada
3. Ulang banyak kali

Selamat mencuba!

CARA HILANGKAN DEMAM SI KECIL UMUR SATU TAHUN!

Ibu ayah mana yang tak panik jika si kecil demam panas lebih-lebih lagi ketika tengah malam, kan? Lebih malang lagi apabila klinik di luar pula sudah tutup! Namun begitu, adakah terdapat cara hilangkan demam bayi 1 tahun tanpa menggunakan sebarang ubat-ubatan doktor?

Buat ibu ayah di luar sana, jangan panik dahulu. Pada perkongsian Suraya Mothercare kali ini, kami akan kongsikan khas buat anda petua hilangkan demam panas anak yang berkesan.

Teruskan membaca artikel ini sehingga tamat untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Kenal pasti anak demam panas melalui kesejukan pada kaki.

Demam adalah tindak balas normal badan terhadap jangkitan.

Penyebab demam yang paling biasa pada kanak-kanak adalah jangkitan virus dan bakteria. Demam juga mungkin kesan sampingan vaksinasi, tetapi tidak semua bayi akan mengalami demam selepas vaksinasi.

Oleh itu, ibu bapa tidak perlu risau kerana keadaan ini adalah petanda badan anak sihat dan akan menyebabkan tindak balas antibodi dalam badan. Namun, kadangkala anda perlu memberi perhatian yang teliti terhadap suhu anak anda.

Berikut merupakan beberapa keadaan bayi yang perlu dipantau dan dibawa ke klinik atau hospital dengan segera:

  • Bayi berusia di bawah tiga bulan dan suhu badannya 38˚C atau lebih tinggi

  • Anak berusia lebih dari tiga bulan dan suhu badannya melebihi 40˚C

Oleh itu, adalah amat penting untuk ibu ayah prihatin terhadap tanda-tanda anak demam panas on off seperti yang berikut:

  • Kerap muntah dan cirit-birit
  • Anda merasai sentuhan panas berbanding biasa, pada dahi, belakang badan mahupun perut si kecil anda
  • Merasai peluh atau kelembapan pada tubuh bayi anda
  • Pipi si manja anda kelihatan kemerahan
  • Masalah pernafasan
  • Anak enggan minum dengan banyak
  • Demam melebihi dua hari
  • Sawan

Berikut merupakan beberapa cara hilangkan demam bayi 1 tahun yang ibu ayah boleh cuba di rumah:

  • Pakaikan baju nipis pada bayi

Pakaikan bayi anda dengan pakaian yang longgar dan tidak tebal bagi memastikan haba tidak terperangkap. Anda boleh cuba pakaikan si manja dengan pakaian yang diperbuat daripada kapas kerana ia dapat menyerap peluh bayi anda.

Elakkan juga daripada membedung dan menyelimutkan bayi anda dengan kain yang tebal kerana ia akan menyebabkan si kecil anda tidak selesa.

  • Pastikan bayi kekal terhidrat

Apabila anak kecil demam, suhu badan mereka meningkat dan mereka berpeluh dengan banyak. Anda kehilangan banyak air, menyebabkan dehidrasi.

Inilah sebabnya mengapa anda harus sentiasa memberi susu kepada bayi anda di bawah umur 6 bulan. Bayi berumur lebih 1 tahun boleh diberi air masak selepas menyusu. Kanak-kanak tidak tahu bila mereka dahaga, jadi pastikan mereka kekal terhidrasi.

  • Pastikan suhu bilik selesa

Kanak-kanak yang demam panas mungkin menjadi marah jika persekitaran sekeliling tidak begitu menyenangkan.

Pastikan anak anda berada dalam ruang yang selesa dan menyegarkan. Buka sedikit tingkap dan pintu untuk membolehkan udara segar dan menyenangkan masuk ke dalam bilik. Jika suhu bilik tidak terlalu panas atau terlalu sejuk, anda boleh menurunkan suhu badan bayi yang demam.

  • Lap badan bayi dengan kain yang lembap

Mengelap bayi anda dengan kerap adalah salah satu cara paling biasa untuk mengurangkan demam pada anak anda yang berumur 1 tahun.

Ambil kain kapas dan rendam dalam air. Seterusnya, perah kain dan letakkan pada kepala, ketiak, leher, dan tapak kaki anak anda. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan suhu badan bayi.

  • Mandikan bayi dengan air suam

Cuba mandikan anak anda dalam air suam untuk menurunkan suhu badan mereka.

Pertama, sentuh air mandian untuk memastikan ia tidak terlalu panas atau suam.

Walau bagaimanapun, elakkan menggunakan air sejuk kerana ia boleh menyebabkan bayi anda menggigil dan menyebabkan suhu badannya meningkat lagi.

LUKA BERSALIN C-SEC? INI TIPS UNTUK CEPAT SEMBUH!

Mommies yang hamil kebiasaannya, mereka akan melahirkan anak sama ada secara normal atau pembedahan yang juga dikenali sebagai C-sec. Mommies yang melalui proses pembedahan, pastinya tubuh badan akan mengalami luka bersalin C-sec yang memerlukan penjagaan rapi untuk penyembuhannya.

Justeru itu, ikuti perkongsian tips cepat sembuh selepas C-sec daripada Pakar O&G, Dr. Maiza Tusimin.

Selain memulihkan luka pembedahan, dapat juga menjaga anak dalam keadaan diri yang sihat.

INI TIPS UNTUK CEPAT SEMBUH!

  • DIET YANG SIHAT

Suku protein – suku karbohidrat – separuh sayur & buah-buahan.

  • KEKALKAN HIDRASI

Konsum cukup air kosong.

  • JAGA KEBERSIHAN LUKA

Pastikan sentiasa kering & hanya sapukan ubat yang diberikan oleh doktor.

  • JANGAN ANGKAT BARANG BERAT SELAMA 4 MINGGU PERTAMA

Elakkan daripada mengangkat barang yang lebih berat daripada bayi anda selama 4 minggu pertama.

  • GUNAKAN ABDOMINAL BINDER

Gunakan ‘abdominal binder’ untuk menyokong abdomen terutama ketika bersin, batuk, atau ketawa untuk mengurangkan gegaran. Pastikan binder tidak terlalu ketat agar aliran darah ke bahagian luka tidak terjejas.

  • BERJALAN PERLAHAN

Penting untuk bangun dari katil & berjalan perlahan sehari selepas pembedahan (kecuali C-sec yang ada komplikasi). Ini dapat membantu meredakan kembung perut, membantu melawaskan pembuangan air besar & mencegah masalah darah beku.

Lagi lambat gerak, lebih lama masa diambil untuk sembuh.

  • JANGAN TAHAN BUANG AIR

Jangan tahan untuk buang air kecil atau air besar. Lazimnya doktor akan bekalkan pelembut najis seperti Forlax selepas discaj dari wad.

  • AMBIL SUPLEMEN PRANATAL

Teruskan pengambilan suplemen pranatal yang dapat membantu meningkatkan darah merah & proses pemulihan.

  • JANGAN GARU LUKA

Gunakan pek ais kecil untuk melegakan kegatalan di sekitar kawasan luka. Elakkan dari menggaru.

  • PENYUSUAN SUSU IBU

Penyusuan susu ibu mempercepatkan proses pengecutan rahim.

  • REHAT SECUKUPNYA

Dapatkan rehat yang mencukupi.

  • PENTINGNYA SOKONGAN SUAMI & KELUARGA

Sokongan emosi & fizikal dari suami & keluarga amat penting.

  • AMBIL UBAT TAHAN SAKIT

Jangan takut untuk ambil ubat tahan sakit yang dibekalkan oleh doktor. Penting untuk kawal sakit luka agar ibu dapat menyusukan & boleh bergerak.

Jangan risau, ubatan ini selamat semasa penyusuan ibu.