CONFINEMENT SERVICE PACKAGES 

QUICK, EASY & PROBLEM FREE

Get Free Black Pepper Crunchy Today!

TERMA DAN SYARAT

……………………………………………..

WAKTU BERTUGAS CL

(PAKEJ MASAK)

9 PAGI HINGGA 1 TENGAH HARI


(PAKEJ TIADA MASAK)

2 PETANG HINGGA 5 PETANG 

  • KAMI SEDIAKAN SEMUA SET BERSALIN LUARAN (mandian herba 3in1, param pilis dan losyen perut) untuk kegunaan CL sepanjang pakej berjalan.
  • Kami juga memberi PERCUMA milkbooster dan garlic crunchy untuk PAKEJ ADA MASAK sahaja.
    BENGKUNG diberikan PERCUMA untuk pakej 7 Hari ke atas SAHAJA.
  • Semua pakej diatas termasuk cas pengangkutan KECUALI PAKEJ PENUTUP PANTANG DAN PAKEJ KEGUGURAN.
  • Sekiranya bersalin normal CL akan datang 1 hingga 3 hari selepas pelanggan balik ke rumah.
  • Sekiranya bersalin c-section, CL akan datang selepas seminggu daripada tarikh puan bersalin, ini bagi mengelakkan luka selepas pembedahan lambat kering.
  • Walaubagaimanapun, jika pelanggan bersalin terlalu awal atau terlalu lewat daripada EDD, mohon kerjasama dari pihak pelanggan untuk memberikan kami sedikit masa untuk kami susun semula jadual CL kerana jadual CL sentiasa padat.
  • Sekiranya bersalin secara c-section juga ada servis yang tak boleh dibuat seperti tangas, sengkak dan tidak boleh pakaikan bengkung. Pihak kami akan memberikan bengkung dan tambah pada servis sauna yang lain.
  • Pihak pelanggan perlu menyediakan bahan mentah. CL akan masak di rumah pelanggan mengikut bahan yang disediakan. Jika pelanggan meminta CL kami untuk masak dari rumah CL, bahan-bahan mentah adalah dari rumah pelanggan dan tambahan cas RM70 akan dikenakan untuk 7 hari.
  • Pelanggan hendaklah memaklumkan pihak SMB sekiranya terdapat apa-apa alahan makanan ataupun kesakitan yang mungkin dialami pelanggan.
  • Slot pelanggan hanya akan disahkan selepas penerimaan bayaran deposit sebanyak 30% atau 50% (saat akhir) daripada harga pakej termasuk cas pengangkutan oleh pihak SMB.
  • Extra charge akan dikenakan jika melebihi waktu bekerja RM100/jam (9 pagi sehingga 1 petang sahaja). Waktu bekerja bermula daripada CL sampai memulakan tugasan mereka.
  • Sebarang pembatalan pada saat-saat akhir adalah tidak dibenarkan atas alasan yang tak boleh diguna pakai, hanya KEMATIAN atau KEGUGURAN sahaja yang pihak kami terima untuk proses pembatalan.
  • Baki keseluruhan harga pakej termasuk caj pengangkutan hendaklah dibuat pada hari pertama perkhidmatan CL dijalankan.
  • Pihak SMB berhak untuk tidak meneruskan perkhidmatan sekiranya bayaran baki tidak diterima pada waktu yang disebut di atas dan deposit tidak akan dikembalikan.
  • Sebelum membuat bayaran deposit, pihak pelanggan perlu membuat semakan semula kekosongan slot (tarikh edd) sama ada masih mempunyai kekosongan atau tidak.
  • Sekiranya hendak booking selewat-lewatnya sebulan sebelum EDD, deposit sebanyak 50% dikenakan bergantung kepada kekosongan slot yang ada.
  • Booking selewat-lewatnya 2 bulan sebelum edd pelanggan. Jika saat-saat akhir kami tidak akan terima sekiranya tiada kekosongan. Sekiranya terdapat kekosongan baru pihak kami akan buka slot kepada pelanggan yang lain.
  • Pelanggan hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keselamatan dan kebersihan rumah pelanggan/bilik serta kebersihan diri.
  • Sebarang aduan ataupun masalah yang timbul (jika ada) harus dibincangkan secara terbuka dan rasional oleh pihak pelanggan kepada pihak kami. Pihak SMB boleh menggantikan CL yang bertugas jika ada ketidakpuashatian atau permasalahan terhadap perkhidmatan yang diberikan. Pakej yang telah ditempah tidak boleh dibatalkan, hanya CL yang akan ditukar dan jika pelanggan masih mahu membatalkan pakej, caj 15% akan dikenakan kepada pelanggan bagi kos pengurusan dan kerugian slot lain.
  • Pihak SMB tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kemalangan, kerosakan serta keselamatan pelanggan atau harta benda pelanggan seisi rumah melainkan dapat dibuktikan sepenuhnya sekiranya disebabkan kecuaian CL.
  • Pihak SMB berhak untuk menamatkan perkhidmatan dengan serta merta sekiranya didapati pelanggan telah melanggar mana-mana terma dan syarat di atas dan pelanggan hendaklah membayar baki bayaran perkhidmatan setakat pada hari perkhidmatan ditamatkan.
  • CL kami adalah WARGANEGARA Malaysia. Kami telah well trained CL sebelum dilepaskan ke rumah pelanggan. Pengalaman CL kami dari 5 tahun lebih dari segi menjaga berpantang bersalin. Umur mereka lingkungan dalam 35 – 54 tahun.
  • Pakej layak ditebus atau diguna pakai sepanjang tempoh berpantang 44 hari sahaja tetapi jika pelanggan sengaja melewatkan perjalanan pakej, pihak kami akan mendahului ibu yang baru bersalin. Pihak kami juga tidak menggalakkan pakej diambil secara melangkah atau berselang, berikutan kebiasaannya slot kami penuh.
  • Jika pihak pelanggan ingin ‘book’ CL, pihak kami tidak dapat menjanjikan CL yang ditempah boleh dihantar semasa penghantaran CL kepada pihak pelanggan. Hal ini kerana berkemungkinan CL yang ditempah masih lagi berada di rumah pelanggan yang lain. Pihak kami berharap tuan/puan faham berkenaan perkara ini.

Kerjasama dan juga maklum balas dari pihak tuan/puan amat kami hargai.
Terima kasih kerana sudi berurusan dan memilih Suraya Mothercare and Beauty.

Nota: Pelanggan adalah dianggap bersetuju dengan semua terma dan syarat di atas selepas pembayaran deposit telah dibuat oleh pelanggan.