TERMS & CONDITIONS

Get Free Black Pepper Crunchy Today!

TERMS & CONDITIONS

CANCELLATION POLICY

PAYMENT TERMS

Nota Pakej Stay In @ Menginap di Rumah Pelanggan

Di sini Kami akan menerangkan pakej yang berkaitan dengan pakej menginap di rumah pelanggan @ stay in. Diharap pihak puan/encik membaca dengan jelas.

Waktu Bertugas Confinement Lady (CL)

Stay In : 8:00 pagi – 8:00 malam
Daily Visit : 9:00 pagi – 12:30 tengahari

Terma, Syarat serta tugasan Penjaga Pantang @ CL
Pakej stay in

  • CL akan menginap di rumah PUAN. Tujuan pakej ini adalah untuk mengelakkan bayaran lebih untuk penggangkutan (minyak dan tol) yang akan ditanggung oleh pihak PUAN.
  • Pihak PUAN perlu menyediakan sebuah bilik untuk keselesaan CL berehat dan solat
  • Makan dan minum CL adalah ditanggung oleh pihak PUAN.
  • CL tidak akan menjaga baby pada waktu malam (selepas waktu bekerja)
  • Memulakan waktu bekerja seawal 8pagi sehingga 8malam. Jika ada penambahan untuk penjagaan baby pada waktu malam, penambahan akan dikenakan sebanyak RM100.00/semalam atau SGD100.00/semalam dan dibayar terus kepada CL.
  • Bayaran pengangkutan akan dikenakan untuk setiap pakej.
  • Kemas rumah hanya basic sahaja, iaitu DAPUR , TEMPAT MENGURUT, BILIK IBU DAN BAYI SAHAJA. Jika pihak PUAN ada minta CL kami kerja lebih dari servis yang sepatutnya. Itu diluar tanggungjawab kami, bermakna pihak PUAN perlu membayar sendiri lebihan tugasan terus kepada CL kami yang bertugas.

 

SILA BACA DENGAN TELITI SUPAYA PIHAK PUAN/TUAN TIADA SALAH FAHAM DI HARI KEMUDIAN.

  • Deposit booking ialah 30% sahaja. Jika ingin membuat pertukaran pakej, hanya dibenarkan dalam tempoh seminggu selepas deposit. Selepas seminggu TIDAK boleh membuat pertukaran pakej.
  • Sebarang pembatalan pada saat akhir tidak dibenarkan atas alasan yang tidak boleh diguna pakai, hanya kematian atau keguguran saja yang kami terima bagi proses pembatalan.
  • Booking selewat-lewatnya ialah 1 bulan sebelum edd puan. Jika saat akhir, kami tidak terima oleh kerana kebiasaannya CL kami tiada yang kosong. Melainkan ada pihak pelanggan yang membatalkan booking mereka baru pihak kami akan buka pada pelanggan yang lain.
  • Selebihnya iaitu sebanyak 50% daripada baki perlu diselesaikan semasa kami menghantar CL ke rumah pelanggan dan 50% lagi baki akhir sebelum habis rawatan hari terakhir.
  • Semua CL kami adalah rakyat Malaysia. Kesemua mereka terlatih dan mempunyai sijil dalam bidang penjagaan pantang sebelum dilepaskan ke rumah pelanggan. Pengalaman CL kami dari 5 tahun lebih dari segi menjaga berpantang bersalin. Umur mereka lingkungan dalam 35- 55 tahun. Jika ada apa apa berkaitan CL semasa rawatan dijalankan, pihak puan perlu beritahu pihak kami selewat-lewatnya 2hari selepas pakej bermula. Kita boleh buat pertukaran CL bergantung kepada kekosongan CL.

 

MAKLUMAN KEPADA KAMI JIKA

 

  1. Jika puan admit dan discharge hospital sama ada normal atau cser , pihak puan perlu beritahu saya.
  2. Jika normal, selepas puan discharge hari ke 2 petang baru kita hantar CL ke rumah puan untuk mulakan rawatan. Sebab kita nak pastikan bayi puan sihat dari jaundice. Jika tidak rawatan CL ke puan akan terganggu.
  3. Jika c-sec, hari ke 7 selepas puan discharge baru CL kita mulakan rawatan ke puan oleh kerana kita nak beri luka puan kering dahulu. Jika tidak luka puan akan bernanah. Ini untuk langkah berjaga jaga puan
  4. Jika pihak PELANGGAN Ingin booking CL, Kita tidak dapat menjanjikan CL yang di book boleh dihantar semasa penghantaran CL ke pihak puan oleh kerana berkemungkinan CL yang di book masih lagi berada di rumah customer yang lain. Harap puan faham akan perkara ini.

Kerjasama pihak TUAN/PUAN amat kami hargai, terima kasih kerana sudi berurusan dan memilih Suraya Mothercare and Beauty untuk memudahkan pengurusan berpantang puan.

Duit booking hangus/tidak akan dikembalikan kecuali atas sebab kematian atau keguguran sahaja akan digantikan semula. Pertukaran pakej hanya dibenarkan sekitar 7hari selepas deposit. Selepas tempoh 7hari permohonan pertukaran pakej tidak akan dilayan.

Puan boleh pilih pakej yang berkenan dihati dan setelah itu puan perlu isi borang ini .Selepas buat payment 30% dari harga pakej, baru kami book slot untuk puan . Bayaran terakhir 35% apabila CL datang. Dan seterusnya 35%. Terima kasih kerana sudi memilih dan berurusan dengan Suraya Mothercare and Beauty.

 

No Acc Maybank
Modervard Legacy Enterprise
551146530512